Thursday 13 October 2011

Kenapa Aku Pegang Tangan Isteriku




Suatu hari aku bersama isteri tercinta menikmati hidangan di salah sebuah restoran di seksyen 7, Shah Alam. Kami merupakan pasangan kahwin muda yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan pada Syawal yang lepas. Kedua-dua kami berusia awal 20an.

Di kota metropolitan Shah Alam, pelbagai gelagat anak muda dengan pasangan masing-masing dapat di saksikan. ‘couple’ memang bersepah dan ia satu trend yang sukar di halang dan makin merebak hingga ke sekolah rendah. Kebiasaan mereka gemar menikmati dinner di restoran-restoran di sekitar Bandar shah alam. Student kan, jarang yang berpeluang masak sendiri.

Pendek cerita, di restoran tersebut, ‘couple’ dengan gaya mereka sendiri lepak dengan kekasih mereka. Ada yang berpegan tangan(trend minimum couple sekarang), duduk rapat-rapat. Memang agak ramai. Tidak kurang yang makan bersama satu group tanpa mengenal lelaki atau wanita.

Maka, terdetik dalam hati aku, mereka ini selamba sahaja berpegang tangan dengan kekasih mereka. Memang tidak tahu malu. Adakah mereka tidak tahu dosa hal demikian? malah seolah-olah mereka bangga ada copule..orang Terengganu gelar “gelepor”.

Hati kecil aku berkata lagi, "mereka bangga dengan kekasih mereka, mereka riak bila berpegang tangan meskipun terang lagi bersuluh dosanya…maka kenapa aku tidak zahirkan keindahan syariat Islam yakni kahwin kepada mereka..?”

Selangkah dengan itu, tatkala selesai makan, aku bangkit untuk bayar sambil menarik dan pegang tangan isteri. Isteriku agak terkejut sebab aku tidak pernah pegang tangan dia di khayalak ramai. Mujurlah dia tidak menarik tanganya, malah dia memaut lengan aku.

Nah, banyak mata mula memerhati kami. Aku tidak tahu apakah sebab pandangan mereka fokus kepada kami. Yelah, aku berbaju melayu, berkain sarung sahaja dan isteri bertudung labuh. Mungkin pada awalnya mereka fikir ‘budak alim pun couple pun pegang tangan’. Setengah mereka mula memahami kami pasangan suami isteri.

Aku bangga mengamalkan sunnah Nabi aku iaitu berkahwin. Tiada niat berpegang tangan ketika itu melainkan kami mahu tunjuk betapa bahagianya berkahwin muda. Kami tidak perlu takut-takut dan risau tentang dosa. Secara tersirat aku mahu memberi motivasi kepada anak-anak muda di hadapan aku yang sudah ada kemampuan supaya berkahwin segera. Itulah seindah-indah enjoy ketika muda bukan seperti kehidupan Barat..’zaman muda, zaman enjoy puas-puas’ kerana falsafah demikian, akhirnya berlaku zina, berlaku bertukar-tukar pasangan. Sesungguhnya aku ingin promosi sunnah Nabiku. Sabda Nabi SAW:

أعلنوا هذا النكاح
“iklankan perkahwinan ini”(Riwayat Ahmad)

Ketika dalam kereta. Isteri aku bertanya:

” abang, kenapa tiba-tiba sahaja pegang tangan saya di depan orang ramai tadi”

Aku menjawab:

“Pasangan sebelum berkahwin akan berpegang dan berkepit-kepit dijalanan, seolah-olah mencabar hukum Islam itu sendiri. Rata-rata perkara jelek ini telah diterima didalam norma masyarakat kita dan dijadikan budaya. Masyarakat tidak lagi hairan tentang pasangan ‘couple’ sekarang berpegang tangan. Jadi dalam keadaan tadi, abang mahu tunjuk yang lebih utama berpegang tangan adalah orang berkahwin, biar mereka tidak memandang negatif kahwin muda walhal pada masa yang sama menghalalkan campuran lelaki dan wanita.”

Masalah pegang tangan isteri di khayalak ramai adalah harus selagi tidak kelihatan berlebihan adat masyarakat itu sendiri. Di Malaysia, pegang tangan di kalangan orang berpasangan adalah perkara biasa maka jika suami isteri berpegang tangan di khayalak ramai bukanlah perkara yang pelik di mata masyarakat sekarang. Dan jika merasakan ia boleh jadi fitnah, maka lebih baik elakkan.
Ayuh temanku, berkahwinlah. Jika tiada wang atau takut berhadapan risiko kahwin awal atau risau tanggapan sanak saudara…kita boleh jumpa. Sedikit petua akan di kongsi bersama nanti. Sekian..
    

    

12 comments:

  1. Alhamdulillah, ana suka dengar ayat t'akhir nta kat atas tu..ap petua2nya?boleh dkongsi kat sini? nk bjumpa mcm agak ssh ana rase. keinginan dah ada,cume masih dlm perancangan insyaAllah.

    ReplyDelete
  2. kene tanam benar2 keyakinan kpd Allah SWT tentang urusan rezeki. yakin kahwin itu memurahkan rezeki. kerna soal kewangan sntiasa mjd pkara yang merunsingkan orng muda utk bkhwin. berkenaan keluarga, jika sudah kerja lain la..jika masih belajar, benar2 kene tunjukkan perubahan prestasi belajar slps kahwin. baru mrk yakin, result makin top after married. sanak saudara mengata?biarlah, yang bahagianya kita.

    ReplyDelete
  3. Syukran. sememangnye kahwin itu mmurahkan rezeki seseorang insyaAllah, tapi kalu bleh nk juga ad income sndiri walaupun sikit(mklumlah masih belajar..), tngh usaha tapi mcm agak payah je. ke ap pndngan nta? mf lupe nk introduce, ana stdent uia ktn.

    ReplyDelete
  4. yer..seeolaknya dah ada income ckit2 sebelum kahwin..bg mgelak masalah di kemudian hari. ia berbalik soal keyakinan. ana pon xdok gapo2 masih kahwin. alhamdulillah, peringkat awal ni perlukan kesefahaman isteri. peluang perniagaan kecil2 lan byk...tya orang berpengalaman. yg paling penting, hati byk bergantung kepda Allah, doa2 betul2..pertolongan Allah akan tiba jika bnr2 niat menjaga agama dgn bkhwin.

    ReplyDelete
  5. Ana baru mula kumpul duit sebab baru dpt keje tetap,gadis yg ana berkenan pesan lagi 5tahun br dia bersedia untuk kawin.sebab dia br 18 dan masih blaja,ana plak 23 sekarang..siang mlm ana berdoa agr dimurahkan rezeki dan jodoh kami ada,buat pengetahuan,ana xpernah keluar atau berjumpa di luar dgn dia,cuma dulu satu sekolah...byk berhubung dgn msg saja..

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah. tahniah kerana bjaya jaga batas2 perkahwinan. to anonymous: nta sendiri ada jawapan bagi penantian nta. adakah anta sggup mennggu 5 tahun lagi atau tidak. ana doakan nta bahagia dengan keputusan y di ambil kelak. tempoh 5 tahun itu amat lama bagi mrk yang bercinta ttpi sekejap shj bagi mrk yang sekadar berkawan? si dia bkn kawan dan sudah pasti lebh dr kawan. lama utk nta mnnggu. moga setia dan cuba yakin dia untuk kahwin2 tahun lagi ke...

    ReplyDelete
  7. Ana pun jarang berhubung dgn gadis tu..sebab dye sendiri yg xnk,risau hubungan jd tawar..ana sanggup menunggu asalkan ana dijodohkan dgn gadis pilihan ana ni...

    ReplyDelete
  8. sya bena2 tertarik dgn artikel ini... honestly.. sye terfikir nak berkahwin tapi pasti akan dapat tentangan keluarga coz sye masih student lagi....walaupun skarang nie memang tidak punya calon... tapi sye slalu berdoa agar di pertemuakan dgn seseorg yang hatinya setiasa mengigati-Nya agar dapat membimbing sye 1 hari kelak.......

    ReplyDelete
  9. to 2nd anonymous: dari hayunan pena, ana rasa anda adalah seorang gadis. act. buat masa ini, fokus belajar dahulu dan bdoa2 dengan penuh bsngguh di temukan jodoh di awal usia. jika bnr2 sudah tertulis jodoh awal, maka ia akan berlaku jua walaupun seribu yang menentang. dan jika mmg bukan jodoh, seribu kali merancang pon, tidak menjadi jua. kerana itulah, ia berbalik kpd soal keyakinan kpd Allah. khwin awal jauh lbh mncabar dr kahwin pd usia y standart(dh abis bljr n kerja). berdoa snggug2..Insya ALlah.

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum..
    sgt menarik artikel anta..insyaallah dapat dijadikan panduan..ana sekarang cuba yakinkan ibu n ayah ana utk berkahwin awal..begitu juga dengan pihak disebelah sana..semoga dipermudahkan oleh NYA..

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum...

    tersentuh membaca artikel ni...tp mcmmane dgn seorg lelaki yg seblm berkahwin beriya2 berpegang tangan dan berkepit dgn sigadis tp selepas kawin hingga la berlanjutan 10thn lamanya langsung tidak pernah berbuat demikian lagik...bila di tanye alasan yg diberikan itu masa muda skrg dh makin tua x sesuai nak buat camtu lagik...

    ReplyDelete