Tuesday 25 October 2011

Bertaqlid Tetapi anti Kepada Taqlid

Di bawah tajuk "Bertaqlid Tetapi Anti Kepada Taqlid", Syaikh Dr Abd Malik Bin Abd Rahman As-Sa'adiy menulis tentang dialognya dengan seorang pemuda yang anti kepada taqlid(mendakwa tidak mahu mengikut mazhab).


Syaikh As-Sa'adiy : Bagaimana kamu belajar bersolat?


Pemuda:                 : Melalui seorang yang mengajar kepada saya


Syaikh As Sa'adiy  : Adakah dari Al Quran atau Al Hadis?


Pemuda                   : Tidak


Syaikh As-Sa'adiy : Bukankah ini juga taqlid kepada seseorang yang mengajarkan kamu solat?


Jika pemuda itu berkata:


Pemuda:                : Saya cuma membaca sebuah buku karangan seorang ulama' pada zaman   
                                  ini yang membahaskan tentang solat


Syaikh As-Sa'adiy : Ini juga bertaqlid kepada pengarang tersebut


(kadang-kadang pemuda itu berkata):


Pemuda                 : Bertaqlid itu bidaah


Syaikh  As-Sa'adiy: Kenapa?


Pemuda                 : Kerana ia tidak pernah di lakukan oleh Rasulullah SAW dan para 
                                 sahabatnya bahkan tidak pernah di perintahkan oleh syariat sebelum ini.


Syaikh As-Sa'adiy  : Bagaimana kamu tahu bahawa ia tidak pernah di sebut?


Pemuda                  : Aku mendengar Syaikh folan mengatakan sedemikian


Syaikh As-Sa'adiy  : Ini juga adalah taqlid (kepada syaikh tersebut)


(Syaikh As-Sa'diy kemudian menasihatkan pemuda tersebut dan golongan sebegini dengan katanya):


Syaikh As-Sa'adi   :


" Kenapakah wahai saudaraku, kamu anti kepada mengikut seorang yang hidup pada zaman yang hampir dengan Rasulullah SAW yang mahir dalm selok belok bahasa arab dan dalam memahami hadis Rasulullah SAW kemudian kamu merelakan diri kamu bertaqlid kepada seseorang yang hidup pada zaman ini yang ilmu, kefahaman, wara' dan taqwanya tidak mencecah lebih dari buku lali ulam' terdahulu"


ruj: 6 Perkara Asas Memahami Khilafiah  m/s 284, Karangan Ust Muhadir Bin Haji Joll

No comments:

Post a Comment