Tuesday 25 October 2011

Kenaikan Harga Tiket: Antara Subdisi, Boikot dan Sokong

Salam teman-teman. Cerita tentang final Piala Malaysia 2011 terus hangat di perkatakan. Aku jua tidak terlepas mengambil tahu perkembangan final bola sepak Malaysia yang bakal menjelang tiba. Namun, satu berita telah menyentap semangat kebanyakan para peminat bola sepak Malaysia. Dan aku rasa aku perlu menulis hal ini. Tidak aku tahu sebabnya namun teorinya mudah, bola sepak bukan sekadar bola, tetapi ia berkait dengan sosial, ekonomi dan politik berdasarkan fikiran seseorang apabila melihat bulatan bola tersebut. Di Negara maju, bidang bola sepak sudah melangkau satu topik ekonomi yang giat di bahaskan. “Soccernomics” merupakan bidang baru dalam era bola sepak moden sekarang.  

                                                       Di Kuala Terengganu



                                                                     Di Seremban



Menjelang final bola sepak Malaysia Sabtu ini, keghairahan para peminat di rencatkan dengan adegan tidak sepatutnya di lihat dan di dengar.  Tempoh hari para peminat bola sepak di Malaysia di kejutkan dengan berita kenaikan harga tiket final bola sepak sebanyak RM50 seorang bagi semua tempat duduk.


Rata-rata komen peminat samada dari Negeri Sembilan atau Terengganu mengkritik kenaikan tersebut. Siapa yang tidak membantah? Sudahla di bebani kos perjalanan dan kos makanan, mereka di dera lagi dengan kos harga tiket yang terlampau. Jika tahun lepas, harga tiket RM3O bagi tempat duduk biasa dan RM50  grandstand. Ada yang mengambil sikap untuk memboikot terus final. Tidak kurang yang membeli juga lantaran tiada pilihan. Hakikatnya mereka semua membencinya meskipun tangan menghulur.

Alasan yang dikemukan FAM bagaikan menjawab pertanyaan budak-budak walhal para peminat bola sepak terdiri dari pelbagai golongan. Antaranya ialah mengelak berlaku kejadian ulat tiket, terdapat para peminat yang membeli harga RM30 memanjat ke grandstand(Tahun lepas) dan FAM terpaksa menanggung beberapa kos termasuk bayaran kepada pihak stadium selain beberapa faktor lain.

Susulan dari plot peristiwa tersebut, Kerajaan Negeri Terengganu sedia membelanjakan RM750,000 untuk subsidi 30,000 tiket. Aku tidak mahu menyalahkan tetapi tindakan ini harus di persoalkan. Beberapa perkara perlu di nilai:

1.       Ada jua yang menyokong FAM dengan “alasan harga tiket setahun sekali sahaja”, “ kenapa mengeluh, kata peminat fanatik?”, beli tiket team luar Negara tiada runggutan pula meskipun jauh lebih mahal?”. Bagi aku, komen begini lahir dari mereka yang tidak pernah ambil tahu berkenaan bola sepak tempatan. Bila isu ini hangat, mahu berkomentar juga. Anggaplah mereka ini tidak tahu apa-apa bola sepak. Setuju? Atau mereka orang berada yang tidak fikir kesusahan orang lain.

2.      Tidak adil di bandingkan harga tiket perlawanan membabitkan team luar Negara kerana promosi tentang harga tiket sudah di war-warkan 2 bulan lebih awal lagi(harga tiket final di maklumkan saat-saat genting). Jadi para peminat ada ruang mengumpulkan wang. Kedua, final piala Malaysia setahun sekali berbeza team luar Negara, mungkin kali terakhir kunjungan mereka ke Malaysia. Ketiga, team luar Negara yang datang adalah pasukan yang ternama di antarabangsa.


3.      .Alasan peminat melompat ke grandstand atau ulat tiket adalah urusan teknikal di bawah tanggungjawab FAM mengawalnya. Mengapa kami sebagai peminat menanggungnya?tidak cukup ke peruntukan untuk mengupah polis-polis mengawal setiap penjuru stadium?

4.     . Harga tiket tidak adil. Jauh perbezaan tempat duduk biasa dengan grandstand. Namun harga tiket sama. Tidak adil kerana para penyokong membayar harga yang sama tetapi servis perkhdimatan berbeza.

5.      .Kita berterima kasih kepada FAM kerana banyak juga jasa mereka di dalam FAM tetapi ia bukan alasan untuk kami tidak boleh mengkritik.

6.      .Sepatutnya Kerajaan Negeri Terengganu turut bersama para penyokong melontarkan perasaan tidak puas hati kepada FAM sebagaimana kelantangan MB Negeri Sembilan. Akan tetapi Kerajaan Negeri rela membelanjakan sejumlah wang yang cukup besar untuk membayar 50% harga tiket. Perlu di ketahui, duit subsidi adalah duit rakyat. Bukan duit poket Kerajaan. Tanya semua rakyat Terengganu adakah mereka redha duit mereka di belanjakan RM750,000 untuk satu malam sahaja. Tanpa mereka menikmati hasil apapun. Bila kalah menyesal tak sudah, bila menang, bukanlah duit itu berlegar kepada mereka pun. Wahai rakyat Terengganu..adakah kalian redha duit kalian di bazirkan begitu sahaja?adalah lebih di bahagi kepada golongan yang lebih memerlukan.


7.      Kita faham ada yang terpaksa membeli dengan harga yang mahal kerana tidak rela terlepas perlawanan akhir. Kita faham ada yang suka dapat subsidi. Namun, Kita bangga masih ramai yang terus memboikot. Mereka wira!.

8.      Sebagai penyokong kuasa terletak kepada tangan kita, jangan kita mudah di caturkan oleh golongan berkepentingan. Mereka tersentap jika kita sepakat, realitinya, mereka buat tidak tahu sahaja kerana mereka sudah arif “melayu mudah lupa, mudah termakan budi”.


9.      .Para penyokong yang memboikot lantaran kerana memang tiada wang. Ada yang terus memboikot meskipun di berikan subsidi dan ketahuilah, mereka adalah pemboikot yang terbaik. Mereka berpeluang pergi tetapi enggan kerana mahu mengajar FAM.


10.  .FAM wajar di beri ajar, maka kita sebagai penyokong wajib mengajar mereka, jika trend kenaikan harga tanpa sekatan di teruskan, tidak mustahil harga tiket Final semakin naik.


11.   Bola itu bulat. Bagi ahli politik, mereka melihat bagaimana bulatan bola boleh mempersadakan nama mereka di arena masyarakat. Bagi ahli perniagaan, mereka menganalisis bagaimana bulatan bola boleh memberi keuntungan kepada mereka. Maka dengan ini, tegas dikatakan, industri bola harus bebas dari golongan begini. (kebanyakan, ada yang bagus)

12.  .Ini Negara demokrasi, anda berhak memilih keputusan anda. Samada pergi atau tidak, menyokong atau memboikot. Satu pesanan, jangan kerana dahagakan kemenangan, maruah boleh di jual beli. Sekian


Yang benar,
Tidak redha duit rakyat diguna untuk subsidi tiket


No comments:

Post a Comment