Tuesday 8 November 2011

Seksualiti Merdeka: 21 Tribulasi dan Agenda Yahudi

Sejak minggu lepas, rakyat Malaysia di kejutkan dengan satu berita menggemparkan seluruh Negara. Topik ini terus hangat di bualkan di media massa, di laman sesawang dan bual bicara mulut manusia yang memang sukar di bendung lagi. Setelah di hujani pelbagai isu melibatkan politik dan sosial, Malaysia di gemparkan dengan laungan kebebasan LGBT dari beberapa gabungan NGO. Tanpa berselindung lagi, atas nama hak asasi dan kebebasan manusia, mereka mengadakan satu acara tahunan yang di gelar seksualiti merdeka. Berikut ialah sedikit maklumat tentang acara tersebut dan gagasan pemikiran kotor yang mereka bawa.



Seksualiti Merdeka adalah suatu acara tahunan mengenai hak seksualiti yang diadakan di Kuala Lumpur, dengan kerjasama segabungan NGO Malaysia (di antaranya Malaysian Bar Council, SUARAM, Empower, PT Foundation, United Nations, Amnesty International) dan individu-individu. Mereka mengadakan bengkel-bengkel, perbincangan, pemutaran filem, penulisan surat dan hal-hal yang lain berkaitan seksualiti. Menurut mereka, istilah 'Seksualiti Merdeka' untuk mengingatkan bahawa walaupun kita telah berpuluh tahun Merdeka, namun tidak semua rakyat Malaysia yang dapat melahirkan diri mereka yang sebenar.

Mereka juga percaya bahawa setiap orang di Malaysia berhak untuk bebas dari diskriminasi, keganasan ataupun gangguan hanya kerana orientasi seksual dan identiti jantina mereka. Mereka percaya bahawa "kita semua berhak untuk bertanggungjawab terhadap tubuh kita sendiri". Mereka percaya "setiap orang berhak untuk menyayangi dan disayangi
, sama ada dia gay, lesbian, biseksual, transgender, heteroseksual, aseksual, pansexual dan sebagainya."
PS: LGBT = Lesbian, Gay, Bisexual, Transgender!

                                                        Slogan Program Mereka



Antara polemik, persolan dan isu yang dapat di kenal pasti dari gerakan mereka ialah:

[1] Perlembagaan Persekutuan memang menyatakan mengenai kesamarataan dan kebebasan bersuara namun perlembagaan memperuntukkan kedudukan Istimewa Agama Islam sebagai Agama Persekutuan.

[2] Oleh kerana itu, walaupun ada pihak cuba melaungkan kebebasan termasuk isu LGBT ini, ia jelas bertentangan dengan moral dan agama di bawah perlembagaan persekutuan.

[3] Seksualiti tidak dapat di pisahkan daripada keperibadian setiap manusia. Namun sewajarnya kecenderungan seksualiti berdasarkan fitrah kemanusiaan dan norma kehidupan.

[4] Semua pihak harus merasa terancam dengan tribulasi gerakan terancang bermatlamatkan mengiktiraf pengamal seks songsang di Negara ini walaupun sedar undang-undang tidak menyebelahi mereka.

[5] Sehubungan itu, di harapkan pengeluar filem dan drama menghentikan penghasilan karya yang mengetengahkan LGBT kerana ia secara tidak langsung mempromosi gaya hidup berkenaan.

[6] Sejak 2008, golongan nafsu pelik ini menganjurkan program seksualiti merdeka atau perhimpunan seks bebas menuntut hak dan kebebasan golongan lesbian, gay, biseksual dan transeksual(LGBT) megamalkan gaya hidup pilihan mereka secara sah dan terbuka.

[7] Semua pihak tanpa mengira ideologi dan agama bersatu menentang tuntutan berkenaan. Persoalan kenapa mereka masih berani dan bangga menyuarakan hasrat hati memperjuangkan hak dan kebebasan untuk mengamalkan hidup di luar tabiat kehidupan?

[8] Rakyat Malaysia harus sedar, kebebasan bersuara ada batasannya kerana mereka perlu menitik beratkan perkara tidak bertentangan dengan kesopanan awam. Kesalahan anggapan tentang konsep kebebasan bersuara wajar di perjelaskan. Apabila di berikan hak bersuara, itu tidak bermakna mereka boleh buat sesuka hati mereka. Kebebasan di sini ada batasannya dan harus di nilai jika perkara tersebut bertentangan dengan awam.

[9] Menurut presiden dan pengasas persatuan progresif India Malaysia Raja Retinam, perjuangan LGBT ini bertentangan sama sekali dengan budaya ketimuran Negara ini serta bercanggah dengan prinsip agama Hindu sendiri.

[10] Pengerusi Persatuan Persaudaraan Paderi Kristian Klang, Gary Yeoh Siok Earn berkata, jika kita menuruti kemahuan mereka apatahlagi di sokong pihak tertentu tidak mustahil golongan itu akan lebih berani mendedahkan pergaulan mereka secara terbuka sekaligus memberi kesan negatif kepada keseluruhan institut masyarakat.

[11] Rakyat Malaysia khususnya masuarakat Islam wajib bersatu suara menolak cubaan kelompok liberal, plural dan sekular yang ghairah menjadi hamba kepada agenda globalisasi atas nama perjuangan hak asasi manusia sedangkan budaya itu bertentangan dengan agama.

[12] Hakikatnya, Di Malaysia sudah cukup baik, kerana golongan lesbian dan gay dan trangender tidak pernah di dikriminasi apabila wujudnya kesamarataan dalam peluang pekerjaan.  

[13] Meskipun isu ini hangat namun sikap masyarakat Islam agak mengecewakan kerana tidak ramai yang peka. Atas kelemahan ini, tidak mustahil secara sembunyi gerakan ini terus melebar pengaruhnya.

[14] Slogan HAK ASASI DAN KEBEBASAN BERSUARA adalah propaganda halus gerakan Freemason dalam mengaburi manusia. Kelihatan amat menarik dan menjiwai jiwa insaniah, akan tetapi sebenarnya ia adalah peluang untuk mempromosikan segala kejahatan dan menghalalkan perkara haram kepada masyarakat atas nama HAK ASASI. Sebagai contoh, kelak orang bebas berzina. Bila di tangkap, kes di gugurkan kerana desakan undang-undang HAK ASASI. Pendek kata, Kitab Allah dan Sunnah Rasul tidak lagi di jadikan panduan kerana setiap manusia bebas bercakap dan berbuat apa yang mereka mahukan meskipun jelas melanggar norma kehidupan manusia.

[15] Setiap abad ada gelombangnya dan kita tidak boleh melanggar gelombang ini. Sekarang ini gelombang hak asasi manusia. Sebelum ini gelombang Marxisme, Sosialisme.

[16] Para pengamal Undang-Undang anggap cubaan menggerakkan kebebasan homoseksual dan lesbian adalah satu isu moral bertentangan dengan nilai-nilai masyarakat Negara ini yang meletakkan agama Islam sebagai agama persekutuan.

[17] Polis sudah membuka kertas siasatan mengikut seksyen 298 kanun keseksaan iaitu berniat melukakan perasaan agama seseorang dan menurut seksyen 27A(1)(C) akta polis 1967 dalam usaha menghentikan semua aktiviti dalam program berkenaan. Persoalannya lagi, program tersebut sudah di jalankan sejak 2008. Adakah polis langsung tidak menerima laporan berkenaan penganjuran tersebut dalam tempoh tiga tahun sebelum ini? Mustahil kerana rangkaiaan komunikasi maklumat PDRM antara yang terbaik.

[18] Meskipun di kecam hebat, mereka masih berani melaungkan gerakan mereka. Mengapakah mereka begitu berani? apakah ada dalang luar yang bersembunyi (behind of the scene) di sebalik agenda demikian. Jika benar ia harus di bimbangi kerana musuh luar kian giat menusuk masuk kamar kesopanan orang Islam dan Melayu di Malaysia.

[19] Apakah kerajaan berani mengambil tindakan tegas terhadap Marina Mahathir ? kerana semua orang tahu bahawa antara orang kuat yang mendokong gerakan ini adalah Marina Mahathir, anak kepada mantan Bapa Kemodenan Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad.

LANTARAN ITU

[20] Kami mendesak KERAJAAN benar-benar serius dalam menangani isu ini. Kami  jua menyeru semua pihak tanpa mengira ideologi Politik dan kefahaman untuk bersatu hentikan agenda jahat ini. Sesungguhnya seksualiti merdeka ialah sebahagian dari agenda besar musuh-musuh Islam untuk merosakkan Negara ini. Sedarlah, letakkan kepentingan agama, bangsa dan Negara mengatasi undi, parti dan kuasa.  

[21] Kami jelek melihat orang berlagak hero dalam isu ini. Maka dengan ini, tindakan tegas wajar di ambil dan kami benar-benar mahu menyaksikan Umat Islam bersatu padu melawan gerakan ini. Sekali lagi, KERAJAAN di harap benar-benar serius. Kenapa kerajaan di desak untuk serius? anda ada jawapannya.

"Kami  jua menyeru semua pihak tanpa mengira ideologi Politik dan kefahaman untuk bersatu hentikan agenda jahat ini. Sesungguhnya seksualiti merdeka ialah sebahagian dari agenda besar musuh-musuh Islam untuk merosakkan Negara ini. Sedarlah, letakkan kepentingan agama, bangsa dan Negara mengatasi undi, parti dan kuasa"



Tuesday 1 November 2011

Era Pasca Gaddadi, Nasib Rakyat Asset Negara Arab dan Afrika Utara Jadi Tumpuan.

Kematian bekas pemimpian Libya Muammar Gaddafi minggu lalu bukan sekadar kehilangan biasa dengan tempiasnya hanya di rasai Negara Afrika Utara itu. Ia sebaliknya turut di iringi pelbagai persoalan, ramalan serta masa depan rantau Asia Barat itu.
Malah di tengah-tengah cercaan musuh Gaddafi termasuk di kalangan rakyatnya yang membencinya serta pihak Majlis Peralihan Kebangsaan Libya (NTC), turut kedengaran suara cemuhan di peringkat antarabangsa mengapa Gaddafi di biarkan mati sedemikian.?
Mengapa beliau tidak di hadapkan ke muka pengadilan seperti tuntutan ramai? apakah kematiannya menamatkan kematian masalah yang menimpa Libya atau ada agenda lain di sebalik perubahan politik Negara itu.?atau apakah kematiannya turut membawa rahsia mengenai tindak tanduk pihak berkepentingan dan ada agenda besar di rantau berkenaan?

Tidak kurangnya, kedengaran andaian yang mengaitkan kematian Gaddafi yang memimpin Negara Kaya Minyak itu selama 42 tahun sebagai kesan teori domino yang melanda satu demi satu Negara Asia Barat dan Afrika Utara berikutan penentangan atau kebangkitan di kenali ‘arab spring’ atas nama pembebasan dan suara prodemokrasi, namun tak di nafikan kesan yang menggegar Tunisia, Mesir, Syria serta Libya itu turut di kaitkan hasil percaturan politik kuasa besar dunia iaitu Amerika Syarikat(AS) dan konco-konconya seperti Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara(NATO) yang mahu merubah landskap politik rantau itu.  

Apa yang pasti, kematian Gaddafi itu menyusuli nasib pemerintah terdahulu seperti Gamel Abdul Naseer, Anwar Sadat dan Hosni Mubarak dari Mesir, Saddam Hussein(Iraq), Yasser Arafat(Palestin) dan Hafez al Assad(Syria). Berbanding semua, hanya Mubarak masih hidup dan menunggu untuk dibicarakan.

Gamal mati akibat serangan jantung pada 1970, Anwar mati di bunuh pada oktober 1981 manakala Arafat mati pada usia 75 tahun pada November 2004. Saddam mula meninggal dunia selepas menjalani hukuman gantung pada Disember 2006 yang di sifatkan kemuncak selepas pencerobohan AS dan sekeutunya ke Negara kaya minyak itu.

1. Jika di amati, mereka semua kecuali Arafat adalah pemimpin tentera yang berkuasa menerusi rampasan kuasa biarpun anwar tidak menggulingkan gamal. Arafat pula pada asalnya seorang jurutera yang berjuang atas nama pembebasan Palestin. Semuanya kecuali Anwar yang di labelkan pro barat di julang sebagai nasionalisme arab, termasuk Gaddafi biarpun berasal dari Negara Afrika Utara tetapi sememangnya di kenali antara pemimpin paling lantang menentang barat.

2. Kini catatan perjalanan hidupnya terhenti. Dan pasca kematian gaddafi , dunia secara umumnya memang menjangkakan pihak barat akan terus menebarkan pengaruh mereka di rantau Asia Barat berikutan senario di Libya dengan mengambil kira rantau itu kaya dengan sumber minyak yang menjadi idaman barat sejak sekian lamanya.  

3. Krisis kewangan di barat juga adalah faktor mengapa Barat mahu meluaskan pengaruh ke rantau Arab dan Afrika Utara. Ini ekoran kegagalan menakluki Amerika Latin seperti Venezula dan Cuba yang biarpun kaya asset minyak tetapi terbukti sukar ditembusi ideologi serta kebal dari tusukan propaganda barat yang belum dapat mengubah pendirian rakyatnya.

4. Kalangan penganalisis politik antarabangsa turut meramalkan kejayaan menumbangkan Gaddafi membuka jalan kepada Barat untuk mencampuri urusan dunia arab yang selama ini di sifatkan kebal.

5. Ramai yang bimbangkan perkembangan terkini di rantau Arab itu bukan kerana tidak menyokong kebangkitan rakyat itu di sesetengah Negara rantau itu  yang di bawah sistem monarki atau autokratik, tetapi bimbangkan perluasan kuasa barat di sana.

6. Malah kebimbangan itu diluahkan dalam banyak forum antarabangsa termasuk Persekutuan Kesatuan Sekerja Dunia(WFTU) yang bersidang di Strasbourg, Perancis 13 hingga 14 September lalu yang mewakili kira-kira 20 buah Negara termasuk India, Iran, Syria, Sudan, Afrika Selatan, Palestin, Greece, Itali, Cyprus, Cuba, Peru dan Portugal turut menyatakan bantahan terhadap perluasan Kuasa AS dan rakan sekutunya berikutan revolusi di beberapa Negara di rantau Asia Barat.

7. Setiausaha agung WFTU George Mavrikos dalam ucapan sulungnya berkata, AS memainkan dua peranan berbahaya di rantau Arab yang mana satu tangan di lihat membantu pihak revolusi yang diketuai pemimpin anti AS dengan membekalkan senjata atas nama bantuan kemanusiaan tetapi pada masa yang sama, sebelah tangan lagi AS serta rakan sekutunya membekalkan senjata perang kepada Negara yang tunduk kepada imperialism, bagi menghancurkan kebangkitan tulen rakyat untuk menumbangkannya.

Itu suara luar tetapi bagaimanakah pendirian rakyat rantau itu sekarang apatahlagi dengan kosongnya jawatan pemimpin berani atau lantang bersuara bagi menegakkan nasionalisme Arab?apakah pemimpin Syria Bashar al Assad dan Presiden Yaman, Ali Abdullah Salleh akan menjadi pejuang dunia Arab bagi menentang perluasan kuasa barat?

Olahan dari Berita Harian.

Tuesday 25 October 2011

Kenaikan Harga Tiket: Antara Subdisi, Boikot dan Sokong

Salam teman-teman. Cerita tentang final Piala Malaysia 2011 terus hangat di perkatakan. Aku jua tidak terlepas mengambil tahu perkembangan final bola sepak Malaysia yang bakal menjelang tiba. Namun, satu berita telah menyentap semangat kebanyakan para peminat bola sepak Malaysia. Dan aku rasa aku perlu menulis hal ini. Tidak aku tahu sebabnya namun teorinya mudah, bola sepak bukan sekadar bola, tetapi ia berkait dengan sosial, ekonomi dan politik berdasarkan fikiran seseorang apabila melihat bulatan bola tersebut. Di Negara maju, bidang bola sepak sudah melangkau satu topik ekonomi yang giat di bahaskan. “Soccernomics” merupakan bidang baru dalam era bola sepak moden sekarang.  

                                                       Di Kuala Terengganu



                                                                     Di Seremban



Menjelang final bola sepak Malaysia Sabtu ini, keghairahan para peminat di rencatkan dengan adegan tidak sepatutnya di lihat dan di dengar.  Tempoh hari para peminat bola sepak di Malaysia di kejutkan dengan berita kenaikan harga tiket final bola sepak sebanyak RM50 seorang bagi semua tempat duduk.


Rata-rata komen peminat samada dari Negeri Sembilan atau Terengganu mengkritik kenaikan tersebut. Siapa yang tidak membantah? Sudahla di bebani kos perjalanan dan kos makanan, mereka di dera lagi dengan kos harga tiket yang terlampau. Jika tahun lepas, harga tiket RM3O bagi tempat duduk biasa dan RM50  grandstand. Ada yang mengambil sikap untuk memboikot terus final. Tidak kurang yang membeli juga lantaran tiada pilihan. Hakikatnya mereka semua membencinya meskipun tangan menghulur.

Alasan yang dikemukan FAM bagaikan menjawab pertanyaan budak-budak walhal para peminat bola sepak terdiri dari pelbagai golongan. Antaranya ialah mengelak berlaku kejadian ulat tiket, terdapat para peminat yang membeli harga RM30 memanjat ke grandstand(Tahun lepas) dan FAM terpaksa menanggung beberapa kos termasuk bayaran kepada pihak stadium selain beberapa faktor lain.

Susulan dari plot peristiwa tersebut, Kerajaan Negeri Terengganu sedia membelanjakan RM750,000 untuk subsidi 30,000 tiket. Aku tidak mahu menyalahkan tetapi tindakan ini harus di persoalkan. Beberapa perkara perlu di nilai:

1.       Ada jua yang menyokong FAM dengan “alasan harga tiket setahun sekali sahaja”, “ kenapa mengeluh, kata peminat fanatik?”, beli tiket team luar Negara tiada runggutan pula meskipun jauh lebih mahal?”. Bagi aku, komen begini lahir dari mereka yang tidak pernah ambil tahu berkenaan bola sepak tempatan. Bila isu ini hangat, mahu berkomentar juga. Anggaplah mereka ini tidak tahu apa-apa bola sepak. Setuju? Atau mereka orang berada yang tidak fikir kesusahan orang lain.

2.      Tidak adil di bandingkan harga tiket perlawanan membabitkan team luar Negara kerana promosi tentang harga tiket sudah di war-warkan 2 bulan lebih awal lagi(harga tiket final di maklumkan saat-saat genting). Jadi para peminat ada ruang mengumpulkan wang. Kedua, final piala Malaysia setahun sekali berbeza team luar Negara, mungkin kali terakhir kunjungan mereka ke Malaysia. Ketiga, team luar Negara yang datang adalah pasukan yang ternama di antarabangsa.


3.      .Alasan peminat melompat ke grandstand atau ulat tiket adalah urusan teknikal di bawah tanggungjawab FAM mengawalnya. Mengapa kami sebagai peminat menanggungnya?tidak cukup ke peruntukan untuk mengupah polis-polis mengawal setiap penjuru stadium?

4.     . Harga tiket tidak adil. Jauh perbezaan tempat duduk biasa dengan grandstand. Namun harga tiket sama. Tidak adil kerana para penyokong membayar harga yang sama tetapi servis perkhdimatan berbeza.

5.      .Kita berterima kasih kepada FAM kerana banyak juga jasa mereka di dalam FAM tetapi ia bukan alasan untuk kami tidak boleh mengkritik.

6.      .Sepatutnya Kerajaan Negeri Terengganu turut bersama para penyokong melontarkan perasaan tidak puas hati kepada FAM sebagaimana kelantangan MB Negeri Sembilan. Akan tetapi Kerajaan Negeri rela membelanjakan sejumlah wang yang cukup besar untuk membayar 50% harga tiket. Perlu di ketahui, duit subsidi adalah duit rakyat. Bukan duit poket Kerajaan. Tanya semua rakyat Terengganu adakah mereka redha duit mereka di belanjakan RM750,000 untuk satu malam sahaja. Tanpa mereka menikmati hasil apapun. Bila kalah menyesal tak sudah, bila menang, bukanlah duit itu berlegar kepada mereka pun. Wahai rakyat Terengganu..adakah kalian redha duit kalian di bazirkan begitu sahaja?adalah lebih di bahagi kepada golongan yang lebih memerlukan.


7.      Kita faham ada yang terpaksa membeli dengan harga yang mahal kerana tidak rela terlepas perlawanan akhir. Kita faham ada yang suka dapat subsidi. Namun, Kita bangga masih ramai yang terus memboikot. Mereka wira!.

8.      Sebagai penyokong kuasa terletak kepada tangan kita, jangan kita mudah di caturkan oleh golongan berkepentingan. Mereka tersentap jika kita sepakat, realitinya, mereka buat tidak tahu sahaja kerana mereka sudah arif “melayu mudah lupa, mudah termakan budi”.


9.      .Para penyokong yang memboikot lantaran kerana memang tiada wang. Ada yang terus memboikot meskipun di berikan subsidi dan ketahuilah, mereka adalah pemboikot yang terbaik. Mereka berpeluang pergi tetapi enggan kerana mahu mengajar FAM.


10.  .FAM wajar di beri ajar, maka kita sebagai penyokong wajib mengajar mereka, jika trend kenaikan harga tanpa sekatan di teruskan, tidak mustahil harga tiket Final semakin naik.


11.   Bola itu bulat. Bagi ahli politik, mereka melihat bagaimana bulatan bola boleh mempersadakan nama mereka di arena masyarakat. Bagi ahli perniagaan, mereka menganalisis bagaimana bulatan bola boleh memberi keuntungan kepada mereka. Maka dengan ini, tegas dikatakan, industri bola harus bebas dari golongan begini. (kebanyakan, ada yang bagus)

12.  .Ini Negara demokrasi, anda berhak memilih keputusan anda. Samada pergi atau tidak, menyokong atau memboikot. Satu pesanan, jangan kerana dahagakan kemenangan, maruah boleh di jual beli. Sekian


Yang benar,
Tidak redha duit rakyat diguna untuk subsidi tiket


Bertaqlid Tetapi anti Kepada Taqlid

Di bawah tajuk "Bertaqlid Tetapi Anti Kepada Taqlid", Syaikh Dr Abd Malik Bin Abd Rahman As-Sa'adiy menulis tentang dialognya dengan seorang pemuda yang anti kepada taqlid(mendakwa tidak mahu mengikut mazhab).


Syaikh As-Sa'adiy : Bagaimana kamu belajar bersolat?


Pemuda:                 : Melalui seorang yang mengajar kepada saya


Syaikh As Sa'adiy  : Adakah dari Al Quran atau Al Hadis?


Pemuda                   : Tidak


Syaikh As-Sa'adiy : Bukankah ini juga taqlid kepada seseorang yang mengajarkan kamu solat?


Jika pemuda itu berkata:


Pemuda:                : Saya cuma membaca sebuah buku karangan seorang ulama' pada zaman   
                                  ini yang membahaskan tentang solat


Syaikh As-Sa'adiy : Ini juga bertaqlid kepada pengarang tersebut


(kadang-kadang pemuda itu berkata):


Pemuda                 : Bertaqlid itu bidaah


Syaikh  As-Sa'adiy: Kenapa?


Pemuda                 : Kerana ia tidak pernah di lakukan oleh Rasulullah SAW dan para 
                                 sahabatnya bahkan tidak pernah di perintahkan oleh syariat sebelum ini.


Syaikh As-Sa'adiy  : Bagaimana kamu tahu bahawa ia tidak pernah di sebut?


Pemuda                  : Aku mendengar Syaikh folan mengatakan sedemikian


Syaikh As-Sa'adiy  : Ini juga adalah taqlid (kepada syaikh tersebut)


(Syaikh As-Sa'diy kemudian menasihatkan pemuda tersebut dan golongan sebegini dengan katanya):


Syaikh As-Sa'adi   :


" Kenapakah wahai saudaraku, kamu anti kepada mengikut seorang yang hidup pada zaman yang hampir dengan Rasulullah SAW yang mahir dalm selok belok bahasa arab dan dalam memahami hadis Rasulullah SAW kemudian kamu merelakan diri kamu bertaqlid kepada seseorang yang hidup pada zaman ini yang ilmu, kefahaman, wara' dan taqwanya tidak mencecah lebih dari buku lali ulam' terdahulu"


ruj: 6 Perkara Asas Memahami Khilafiah  m/s 284, Karangan Ust Muhadir Bin Haji Joll

10 Resolusi HIMPUN Sejuta Ummat






1. Menyeru agar semua pihak menghormati dan mendokong peranan Raja-Raja Melayu untuk melaksanakan amanah sebagai ketua dan payung kepada pentadbiran Islam di Negara ini seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang tubuh negeri.
2. Kerajaan yang memerintah baik diperingkat pusat mahupun negeri mestilah memastikan bahawa sensitiviti yang tertinggi di dalam Islam dari perlembagaan sebagai pedoman yang tertinggi di dalam negara yang dihormati. Sebarang bentuk pelanggaran termasuk menghina dan kedudukan Islam hendaklah dihukum berdasarkan peruntukan undang-undang yang ada.
3. Menuntut supaya kerajaan dalam usaha memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri hendaklah memastikan supaya undang-undang pencegahan yang tegas dan kukuh untuk memelihara kemuliaan Islam di dalam perlembagaan dapat dimasukkan sebagai kandungan utama.
4. Menuntut supaya kerajaan mengambil langkah segera menggubal undang-undang khusus untuk mencegah dan membendung gejala memurtadkan umat Islam selaras dengan kedudukan Islam di dalam perlembagaan persekutuan.
5. Menuntut agar sistem pendidikan negara disemak semula untuk memastikan tidak ada unsur yang boleh mendedahkan pelajar kepada penghakisan aqidah. Kami menggesa pihak Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia supaya menggubal sistem pendidikan yang berpaksi kepada aqidah tauhid dan penerapan akidah yang berkesan kepada pelajar-pelajar.
6. Meminta kerajaan supaya mengadakan program-program penerangan yang menyeluruh dan berkesan di setiap saluran supaya masyarakat yang berbilang kaum dan agama di negara kita dapat memahami Islam dan kedudukannya di dalam negara untuk menghilangkan prasangka buruk dan kekeliruan terhadap Islam.
7. Menyeru kepada seluruh pertubuhan politik dan bukan politik supaya meletakkan Islam sebagai agenda tertinggi dan utama melebihi kepentingan yang lain serta mengambil sikap yang serius terhadap sebarang usaha untuk menganggu-gugat kesucian Islam.
8. Menyeru semua institusi dalam masyarakyat terutamanya ibu bapa mengambil tanggungjawab yang tegas di dalam mendidik anak-anak dengan kefahaman yang syumul agar dapat membentengi anak dan waris terdekat daripada terjebak di dalam aktiviti pemesongan akidah.
9. Menggesa kerajaan supaya memantau dan mengawal aktiviti pihak media samada media cetak, media elektronik dan media baru. Sebarang bentuk penyiaran yang menyimpang dan menyentuh sensitiviti umat Islam dan keharmonian bernegara perlulah diambil tindakan yang tegas mengikut peruntukan undang-undang yang ada.
10. Menyeru seluruh umat Islam yang hadir dalam perhimpunan ini mahupun yang tidak dapat hadir, melupakan segala perbedaan fahaman politik dan lain-lain hambatan untuk bersama bersatu menyongsong tugas berat mempertahan dan menyelamatkan aqidah umat daripada sebarang bentuk pencerobohan.

Thursday 13 October 2011

Himpunan Sejuta Ummah Selamatkan Aqidah






1. Menyedari keadaan ummat Islam yang kini semakin dilingkari oleh persekitaran yang mengundang ancaman kepada aqidah mereka, pula keadaan ummat Islam yang sering disogok dengan aktiviti yang meletakkan mereka leka dan alpa dari tanggungjawab dan amanah  sebagai seorang muslim terhadap Tuhan yang mencipta mereka. Leka dan alpa dari tanggungjawab dan amanah sebagai seorang muslim terhadap masyarakat dan negara, DPP Malaysia akan bangkit bersama Ngo - Ngo Muslim untuk menggerakkan kebangkitan Ummat Islam di negara ini agar peka terhadap tanggungjawab mereka mempertahankan aqidah dan memperjuangkan kesuciannya.

2. Ummat Islam  seperti dibiarkan hanyut mengikut arus jahiliah moden yang melanda negara hari ini. Mereka dibiarkan jahil terhadap agama yang mereka anut tanpa sebarang tindakan yang efektif untuk memantapkan kefahaman dan aqidah sebaliknya aktiviti yang berpotensi meracuni pemikiran dan merosakkan aqidah ummat Islam semakin subur dan marak.

3. Melalui industri filem yang semakin mempopularkan amalan khurafat, tahyul, pergaulan bebas dan sindiran tajam kepada golongan yang komited dengan agama, kini aktiviti dan kenyataan yang mengguris hati dan nurani ummat Islam itu melarat pula ke laman sosial seperti facebook dan twitter tanpa sebarang sekatan.

4. Isu " Makcik Hajjah Sitt Al - Wuzara" yang telah menghina Islam secara terbuka melalui laman web, facebook dan twitternya seperti mendapat restu dari pihak berkuasa agama apabila tiada satu pun tindakan berkesan diambil. Sungguhpun beberapa kali desakan telah dibuat oleh Dewan Pemuda PAS Malaysia mahupun Ngo - Ngo muslim termasuk kumpulan Jingga 13.

5. Sebelum ini DPP Malaysia telah memberikan had tempoh 10 hari untuk  pihak berkuasa agama bertindak setelah isu ini terlalu lama dibiarkan berlarutan. Jika tidak, DPP Malaysia tidak teragak- agak untuk bangkit bersama dengan ngo - ngo muslim dan seluruh rakyat prihatin menggerakkan "Himpunan Sejuta Ummah" bagi menentang apa jua usaha, kenyataan dan perlakuan yang  cuba meruntuhkan aqidah ummah dan mempersendakan ajaran Islam yang suci ini.

6. Dakyah golongan tertentu melalui pelbagai agensi dan elemen, yang dilihat cuba mempengaruhi pemikiran dan keyakinan [aqidah] ummat Islam juga giat dirancang dan berjalan dalam negara kita. Sementara keadaan ummat Islam yang semakin jauh dari suasana [bia'h] hidup beragama turut mengundang kepada gejala keruntuhan akhlak dan aqidah.

7. Mutaakhir ini, negara juga menyaksikan terlalu banyak ideologi ciptaan manusia disogok dan dipaksa kepada ummat Islam supaya mereka menerima dan menganutnya. Begitu juga ajaran - ajaran sesat semakin berkembang dengan berselindung disebalik pelbagai aktiviti sosial malah mereka seperti mendapat "lesen" untuk beroperasi secara terang - terangan. Termasuklah penularan fahaman syiah yang semakin membimbangkan masyarakat Islam dalam negara ini.

8. Ummat Islam tiada pilihan dan mereka mesti bangkit. Mereka perlu disedarkan segera dari lena yang panjang dan alpa yang mengasyikkan. Justeru itu Dewan Pemuda PAS Malaysia memberi sokongan 200% kepada usaha ngo - ngo Islam bagi menjayakan "Himpunan Sejuta Ummah" di Stadium Shah Alam pada 22 Oktober 2011 kelak sebagaimana yang telah diisytiharkan oleh Pengerusi Teras Pengupayaan Melayu Tuan Haji Mohd Azmi Abdul Hamid semalam.

9. Objektif gerakan ini sangat murni dan sayugianya tiada siapa dari kalangan ummat Islam yang prejudis terhadap "Himpunan Sejuta Ummah" yang akan membangkitkan kesedaran Ummat Islam dari seluruh negara. Mudah - mudahan mereka memahami amanah dan tanggungjawab mereka sebagai seorang muslim yang tidak boleh membiarkan diri mereka dipersenda dan agama mereka dihina.

10. Insyaallah, bertepatan pula dengan resolusi Sidang Meja Bulat Dewan Pemuda PAS Malaysia bersama 14 Ngo - ngo Islam di Shah Alam tempohari, DPP Malaysia akan menggerakkan seluruh kekuatan pemuda - pemuda Islam negara ini untuk bangkit mempertahankan aqidah, akhlak dan fikrah ummah agar Islam kembali tegak dan dihormati sebagai agama yang membawa rahmat [kasih simpati], a'dalah [keadilan] dan barakah [kebaikan yang melimpah ruah] dari Tuhan Sang Pencipta.

11. Himpunan dan kebangkitan ini tidak perlu dilihat sebagai ancaman kepada masyarakat non muslim sebaliknya Himpunan dan Kebangkitan ini adalah berobjektifkan untuk memperkasa aqidah ummat Islam dan menentang elemen penghinaan terhadap agama Islam. Justeru Islam adalah agama yang sangat menghormati dan menjaga hak - hak non muslim dan ia adalah agama yang sangat toleransi terhadap agama - agama lain.

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

Peringatan ribut di Bandar Terengganu(versi loghat Terengganu)



Memang kuak giler ribut kat bandor ganu hok aghi tu. Abis cabut banner besi, pokok balik abis, musing ketang lake oghang. Ambe mase ngoh tgk live bola ganu lawang n9. Pahtu, tangguh kejap, ghase lamer gok posen…abis je live kadang abih lambat r, dalam setengah jam gitu kot, ada tubit video kat youtube pasal rebut. Memang kacik r.


Betulan ambe duk KL mase tu, tobat geram, ghase nok tembo balik, kadang gitu r, ada kejer tekpun. Nok gok tgk. Kalau ada ganu, tobat gi lalu r Bandar. Memang cian r shah Bandar, walepak sutir.

Pahtu ambe mikir soghang, Allah Taala nok bagi oghang ganu peringatang nok kabo kite doh la wat maksiat. Saing ambe kabo, taman shah Bandar teruk…memang walepak tekpun dating ngat ramai-ramai citu bakpe…alam maroh r boh. Serabut nengok.  Allah Taala kabo moleh dahtu, penuh kasih sayang, supaya oghang ganu sedor skit. Negri ganu ni negri hok penoh oghang zamang dulu panggil serambi makkah. Ramai ulamak, wali-wali Allah, oghang wat kejer agama banyak agi. tengok gambar. banyok gi gambor kadang letok hok ni jer.














Doa-doa ulama lu mintok Allah jager anak cucu ye, tanah air ye. Mmg Allah xizin maksiak2 sohor kar ganu. Doh wane dok sedor g. ghase maksiat koho nok banyok, Allah tunjuk lalu…atas muka boh.
Allah bersifat Maha Kasih Sayang, Allah turun bala kejap je ari tu, napok per bahaya, kadang soghang xdok hok mati ke cedera paroh. Selamat lake…ce kalau Allah bagi bala per negri aceh lu, dok dang ape2…mati bodo gitu blake…ghamai pulok. Doh nok negri kite jdi gitu etek? Ni dalam kitab kabo bakpe gok bala maghi ook, ni nok kabi ni. Sebab yer:

Napok-napok ada lake doh kat ganu tcinta. Gane gaaaaaamok ? ada maser gi nok berubah. Dang agi. Insya Allah, sebab pakat2 awok-awok kiter nok berubah ke jadi baek, Allah bagi hidayah kat kiter pahtu bagi amang negri kite ni. Allah banyok doh bagi nikmat kat kiter, bukak mater hati etek tengok. Allah Taala bagi hasil minyok, balok, perikanan macang-macang g. kaya raye negri. Jangan lok kita balas nikmat Allah bagi tu ngen perangai hodoh. Tekgi ada oghang tanyo, yeke negri kayo?doh bakpe rakyat susoh? Doh nak wat gane…ambe nok kabo terus je…doh kalau kat atas bahang duit rakyat je…dok miskin bakpenye rakyat. Maghi ribut hok hari tu capur runtuh atap stadium baghu, nok kabo alam ciiiiikit dok redha duit rasuah, duit hasil kezalimang di bina di tanoh. Tanoh pon panah wei duit haram duk atas yer…ni peringatang kat pemimpin2…sedor kit.

Maghi awok2, kiter berubah lake…wat naik atau bahasa akademik kit martabatkan syariat Islam mula. Dohla terpengaruh agenda hiburan melampau, enjoy sokmo. Doh la, ambe, awok2 dok tau lake mati biler..mati jap g kot saboh gok, kerja Allah Taala blake. Kiter hambe ni wat keje hambe.
Gane macang ‘hijau’ je bau tulisan. Dok kira hijau ke biru, kejer wat naik Islam, keje oghang islam blake bukan kejer parti tertentu. Kalu parti Islam xdok pon, kite mmg kene jaga ngeri kite ngen syariat Islam. Ke wane?undi rahsia.

Ok awok2…ambe undur diri lu.

Kenapa Aku Pegang Tangan Isteriku




Suatu hari aku bersama isteri tercinta menikmati hidangan di salah sebuah restoran di seksyen 7, Shah Alam. Kami merupakan pasangan kahwin muda yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan pada Syawal yang lepas. Kedua-dua kami berusia awal 20an.

Di kota metropolitan Shah Alam, pelbagai gelagat anak muda dengan pasangan masing-masing dapat di saksikan. ‘couple’ memang bersepah dan ia satu trend yang sukar di halang dan makin merebak hingga ke sekolah rendah. Kebiasaan mereka gemar menikmati dinner di restoran-restoran di sekitar Bandar shah alam. Student kan, jarang yang berpeluang masak sendiri.

Pendek cerita, di restoran tersebut, ‘couple’ dengan gaya mereka sendiri lepak dengan kekasih mereka. Ada yang berpegan tangan(trend minimum couple sekarang), duduk rapat-rapat. Memang agak ramai. Tidak kurang yang makan bersama satu group tanpa mengenal lelaki atau wanita.

Maka, terdetik dalam hati aku, mereka ini selamba sahaja berpegang tangan dengan kekasih mereka. Memang tidak tahu malu. Adakah mereka tidak tahu dosa hal demikian? malah seolah-olah mereka bangga ada copule..orang Terengganu gelar “gelepor”.

Hati kecil aku berkata lagi, "mereka bangga dengan kekasih mereka, mereka riak bila berpegang tangan meskipun terang lagi bersuluh dosanya…maka kenapa aku tidak zahirkan keindahan syariat Islam yakni kahwin kepada mereka..?”

Selangkah dengan itu, tatkala selesai makan, aku bangkit untuk bayar sambil menarik dan pegang tangan isteri. Isteriku agak terkejut sebab aku tidak pernah pegang tangan dia di khayalak ramai. Mujurlah dia tidak menarik tanganya, malah dia memaut lengan aku.

Nah, banyak mata mula memerhati kami. Aku tidak tahu apakah sebab pandangan mereka fokus kepada kami. Yelah, aku berbaju melayu, berkain sarung sahaja dan isteri bertudung labuh. Mungkin pada awalnya mereka fikir ‘budak alim pun couple pun pegang tangan’. Setengah mereka mula memahami kami pasangan suami isteri.

Aku bangga mengamalkan sunnah Nabi aku iaitu berkahwin. Tiada niat berpegang tangan ketika itu melainkan kami mahu tunjuk betapa bahagianya berkahwin muda. Kami tidak perlu takut-takut dan risau tentang dosa. Secara tersirat aku mahu memberi motivasi kepada anak-anak muda di hadapan aku yang sudah ada kemampuan supaya berkahwin segera. Itulah seindah-indah enjoy ketika muda bukan seperti kehidupan Barat..’zaman muda, zaman enjoy puas-puas’ kerana falsafah demikian, akhirnya berlaku zina, berlaku bertukar-tukar pasangan. Sesungguhnya aku ingin promosi sunnah Nabiku. Sabda Nabi SAW:

أعلنوا هذا النكاح
“iklankan perkahwinan ini”(Riwayat Ahmad)

Ketika dalam kereta. Isteri aku bertanya:

” abang, kenapa tiba-tiba sahaja pegang tangan saya di depan orang ramai tadi”

Aku menjawab:

“Pasangan sebelum berkahwin akan berpegang dan berkepit-kepit dijalanan, seolah-olah mencabar hukum Islam itu sendiri. Rata-rata perkara jelek ini telah diterima didalam norma masyarakat kita dan dijadikan budaya. Masyarakat tidak lagi hairan tentang pasangan ‘couple’ sekarang berpegang tangan. Jadi dalam keadaan tadi, abang mahu tunjuk yang lebih utama berpegang tangan adalah orang berkahwin, biar mereka tidak memandang negatif kahwin muda walhal pada masa yang sama menghalalkan campuran lelaki dan wanita.”

Masalah pegang tangan isteri di khayalak ramai adalah harus selagi tidak kelihatan berlebihan adat masyarakat itu sendiri. Di Malaysia, pegang tangan di kalangan orang berpasangan adalah perkara biasa maka jika suami isteri berpegang tangan di khayalak ramai bukanlah perkara yang pelik di mata masyarakat sekarang. Dan jika merasakan ia boleh jadi fitnah, maka lebih baik elakkan.
Ayuh temanku, berkahwinlah. Jika tiada wang atau takut berhadapan risiko kahwin awal atau risau tanggapan sanak saudara…kita boleh jumpa. Sedikit petua akan di kongsi bersama nanti. Sekian..
    

    

Saturday 8 October 2011

Wartawan hiburan tempelak artis komen Hudud

Akhirnya ‘menjerat’ leher sendiri.....

SEPERTI yang saya duga, pandangan beberapa artis mengenai hukum hudud dalam sebuah akhbar awal minggu lalu menerima kritikan pedas.
Wartawan akhbar berkenaan bertanya kepada artis mengenai hukum hudud yang kini menjadi isu berbangkit di negara ini. Lalu beberapa artis tanpa ‘segan-silu’ atau berfikir panjang telah memberikan pelbagai pandangan.
Kebanyakkan pendangan menyatakan bahawa hukum hudud itu tidak wajar dilaksanakan di Malaysia buat masa ini. Ada juga yang memberi pendapat seolah-
olah undang-undang hudud tidak sesuai pada zaman moden dan inilah yang mendorong kepada kritikan masyarakat peminat terhadap artis-artis ini.
Tanya mereka, bagaimana seorang artis yang kurang arif dalam hal-hal berkaitan agama, boleh memberi komen dengan sebegitu mudah? Apakah mereka sedar apa yang mereka katakan itu?
Perlu diingat, itu adalah pendapat peminat mereka setelah melihat pandangan yang diberikan si artis, bukan saya yang kata. Dan setelah membaca pandangan mereka, tidak dinafikan artis-artis ini sendiri tidak begitu arif tentang apa yang disoal oleh wartawan berkenaan.
Bukan saya hendak katakan golongan artis tidak layak bercakap soal agama. Tetapi kalau hendak memberi pandangan sekalipun biarlah dalam hal-hal yang kita menjadi ahli. Agak- agaklah sikit, janganlah main redah saja, buruk padahnya.
Maka, bila kita menjawab sesuatu yang kita kurang arif, kurang tahu atau langsung tak tahu, ia adalah ibarat kita ‘menjerat leher’ sendiri. KENYATAAN MEREKA



Natijahnya, banyak yang marah, terutamanya kepada pelakon Enot yang memberi kenyataan yang luar dugaan sama sekali. Sampaikan Enot sendiri mengaku, dia jatuh dan terduduk gara-
gara dikritik hebat selepas memberi kenyataan di akhbar tersebut. Ini belum lagi nama ibubapanya juga dipersalahkan, gara-gara sikap kurang arif Enot itu.
Bukan Enot seorang sebenarnya, tetapi pandangan artis lain baik muda dan tua yang ditulis memang boleh mengundang ‘ bahaya’ kepada diri mereka sendiri.
Sebab itu, jalan paling selamat kalau kita tak tahu, atau kurang arif ialah ‘tiada komen’.
Kalau dalam bab lain, boleh pula artis kita beri jawapan ‘no comment’ kenapa dalam hal agama dan tambahan sensitif seperti ini sibuk pula hendak menunjuk pandai?
Ada juga yang kata, apa salahnya untuk si artis berkenaan memberi komen? Bukankah ini negara demokrasi, sesiapa saja boleh memberi sebarang komen, selagi ia tidak mencemar undang-undang.
Itu juga ada benarnya. Bagaimanapun dalam hal berkaitan dengan isu sensitif seperti ini, lebih baik diam daripada bercakap. Pergilah bertanya kepada pihak yang lebih layak kerana ini isu berkaitan dengan hukum hakam agama.
Beritahu saja si wartawan, “Maaf, saya tak berani hendak komen sebab saya kurang arif. ”
Semudah itu dan wartawan akan faham. Bagaimanapun dalam soal ini, wartawan pun perlu juga ada sensitiviti. Janganlah semberono bertanya isu-isu yang tak ada kaitan dengan si artis.
Bertanya artis akan hal-hal yang sepatutnya ditanya kepada ahli agama, apalah sangat jawapan yang kita boleh dapat?
Jadi, wartawan perlulah selalu buat pertimbangan kendiri, ada yang boleh dan ada yang tidak boleh. Jangan mudah hendak ‘scoop’ atau terkehadapan dalam pemberitaan, sampaikan kita melupakan hal-hal yang menyentuh sensitiviti orang lain. Perlulah sentiasa peka dan berfikir jauh ke depan sebelum menulis.
Ingatan ini juga saya tujukan buat diri sendiri dalam meneruskan kerjaya sebagai orang media.
Kerana sesungguhnya, bercakap tentang hal yang tidak kita arif bukan sahaja menunjukkan ‘kekurangan’ diri, tetapi juga memberi banyak impak lain yang tidak kita sedari.
Saya sama pendapat dengan pelakon Wardina Saffiyyah. Dalam blognya, Wardina ada menulis begini :

“Nak minta para artis jangan komen kepada perkara yang kita TIADA ilmu seperti hukum hudud. Para wartawan juga tidak seharusnya menyoal.”

Dalam banyak keadaan, saya selalu bersetuju dengan pendapat ‘senyum tak perlu kata apa-apa’ dan ‘diam itu lebih baik.’ Jumpa lagi! Rujukan Tulisan: Katarsis Kualong

Doa: Antara Ahlul Sunnah dan Muktazilah


Di kalangan Muktazilah(satu firqah menyimpang dari Ahlul Sunnah Wal Jamaah) berpendapat bahawa doa itu tidak ada manfaat. Pendapat mereka bertentangan dengan jumhur Ulama’. Mereka beralasan bahawa sesuatu yang dikehendaki Allah Taala terjadi maka itu pasti terjadi dan sesuatu yang tidak di kehendaki Allah pasti tidak akan terjadi, baik di panjatkan doa atau tidak. Mereka mentafsirkan ayat-ayat Al Quran tentang doa dengan pengertian doa hanyalah ibadah.

Hujah Ahlul Sunnah Wal Jamaah

Menurut Ahlul Sunnah Wal Jamaah bahawa doa adalah meminta pelbagai keperluan(hajat) kepada Allah, bermanfaat bagi orang hidup dan orang yang sudah mati, sampai kepada yang dikehendaki sekalipun doa itu di seru oleh orang kafir. Hal ini berdasarkan hadis Anas:

 دعوة المظلوم مستجابة وإن كانت من كافر

“Doa orang yang dizalimi makbul sekalipun dari orang kafir”(HR Ath-Thayalisi)

Keputusan atau qadha Allah SWT yang di putuskan Allah kepada hambaNya terbahagi kepada dua: pertama qadha mubram(pasti, tiada perubahan) dan Muaalaq(bertakluk/ kata lebih mudah masih boleh berlaku perubahan). Bila kita berdoa, doa tersebut memberi kesan kemungkinan berlaku perubahan qadha Allah. Dengan Izin Allah. Tidak mustahul, lantaran melazimi doa akan sesuatu hajat secara bersungguh-sungguh, Allah SWT yang Maha Adil memakbulkan permintaan hamba-hambaNya.

Allah SWT berfirman dalam surah Ghafir ayat 60:

وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ

“Dan Tuhan kamu berfirman: “berdoalah kamu kepadaKu, nescaya aku perkenankan permintaan kamu. Sesungguhnya orang-orang  yang sombong dari menyembahKu, akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina”

Allah SWT berfirman dalam Surah Al Baqarah ayat 186 yang bermaksud:

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُواْ لِي وَلْيُؤْمِنُواْ بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ

“ Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat(dekat bukan bangsa jarak). Aku mengabulkan permohonan orang yang berdo'a apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran”

Allah SWT berfirman lagi dalam Surah Al An’am ayat 41:

بَلْ إِيَّاهُ تَدْعُونَ فَيَكْشِفُ مَا تَدْعُونَ إِلَيْهِ إِنْ شَاء وَتَنسَوْنَ مَا تُشْرِكُونَ

 “(Tidak), tetapi hanya Dialah yang kamu seru, maka Dia menghilangkan bahaya yang karenanya kamu berdo'a kepadaNya, jika Dia menghendaki, dan kamu tinggalkan sembahan-sembahan yang kamu sekutukan (dengan Allah).

Berkenaan adanya Ijabah,(pengabulan doa) di jelaskan dalam hadis munajat Nabi Musa a.s:

“Jika berdoa kepadaKu maka Aku akan perkenankan doa mereka. Ada kalanya mereka melihatnya dengan segera, ada kalanya Aku akan menghindarkan bahaya(kejahatan, penyakit) dari mereka dan adakalanya Aku menangguhkan untuk mereka perolehi di akhirat kelak”

Rasulullah SAW berdoa di banyak tempat, contohnya di perang Badar, terhadap musuh penduduk Bi’ri Ma’unah dan terhadap orang-orang yang memperolok-olokkan Baginda. Doa merupakan salah satu usaha untuk mencapai kehendak. Jika Baginda SAW berdoa kepada Allah dalam urusan hidup dan dakwah baginda SAW, maka siapakah kita untuk sombong untuk tidak berdoa. Jangan terpengaruh dengan dakyah muktazilah yang mana pendapat mereka boleh membawa manusia malas untuk berdoa kepada Allah SWT. ayuh, berdoalah.

ruj: هداية المريد إلى جوهرالتوحيد, الشيخ بكرى رجب
      شرح الأسماء الحسنى أب القاسم النقشبندي