Tuesday 1 November 2011

Era Pasca Gaddadi, Nasib Rakyat Asset Negara Arab dan Afrika Utara Jadi Tumpuan.

Kematian bekas pemimpian Libya Muammar Gaddafi minggu lalu bukan sekadar kehilangan biasa dengan tempiasnya hanya di rasai Negara Afrika Utara itu. Ia sebaliknya turut di iringi pelbagai persoalan, ramalan serta masa depan rantau Asia Barat itu.
Malah di tengah-tengah cercaan musuh Gaddafi termasuk di kalangan rakyatnya yang membencinya serta pihak Majlis Peralihan Kebangsaan Libya (NTC), turut kedengaran suara cemuhan di peringkat antarabangsa mengapa Gaddafi di biarkan mati sedemikian.?
Mengapa beliau tidak di hadapkan ke muka pengadilan seperti tuntutan ramai? apakah kematiannya menamatkan kematian masalah yang menimpa Libya atau ada agenda lain di sebalik perubahan politik Negara itu.?atau apakah kematiannya turut membawa rahsia mengenai tindak tanduk pihak berkepentingan dan ada agenda besar di rantau berkenaan?

Tidak kurangnya, kedengaran andaian yang mengaitkan kematian Gaddafi yang memimpin Negara Kaya Minyak itu selama 42 tahun sebagai kesan teori domino yang melanda satu demi satu Negara Asia Barat dan Afrika Utara berikutan penentangan atau kebangkitan di kenali ‘arab spring’ atas nama pembebasan dan suara prodemokrasi, namun tak di nafikan kesan yang menggegar Tunisia, Mesir, Syria serta Libya itu turut di kaitkan hasil percaturan politik kuasa besar dunia iaitu Amerika Syarikat(AS) dan konco-konconya seperti Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara(NATO) yang mahu merubah landskap politik rantau itu.  

Apa yang pasti, kematian Gaddafi itu menyusuli nasib pemerintah terdahulu seperti Gamel Abdul Naseer, Anwar Sadat dan Hosni Mubarak dari Mesir, Saddam Hussein(Iraq), Yasser Arafat(Palestin) dan Hafez al Assad(Syria). Berbanding semua, hanya Mubarak masih hidup dan menunggu untuk dibicarakan.

Gamal mati akibat serangan jantung pada 1970, Anwar mati di bunuh pada oktober 1981 manakala Arafat mati pada usia 75 tahun pada November 2004. Saddam mula meninggal dunia selepas menjalani hukuman gantung pada Disember 2006 yang di sifatkan kemuncak selepas pencerobohan AS dan sekeutunya ke Negara kaya minyak itu.

1. Jika di amati, mereka semua kecuali Arafat adalah pemimpin tentera yang berkuasa menerusi rampasan kuasa biarpun anwar tidak menggulingkan gamal. Arafat pula pada asalnya seorang jurutera yang berjuang atas nama pembebasan Palestin. Semuanya kecuali Anwar yang di labelkan pro barat di julang sebagai nasionalisme arab, termasuk Gaddafi biarpun berasal dari Negara Afrika Utara tetapi sememangnya di kenali antara pemimpin paling lantang menentang barat.

2. Kini catatan perjalanan hidupnya terhenti. Dan pasca kematian gaddafi , dunia secara umumnya memang menjangkakan pihak barat akan terus menebarkan pengaruh mereka di rantau Asia Barat berikutan senario di Libya dengan mengambil kira rantau itu kaya dengan sumber minyak yang menjadi idaman barat sejak sekian lamanya.  

3. Krisis kewangan di barat juga adalah faktor mengapa Barat mahu meluaskan pengaruh ke rantau Arab dan Afrika Utara. Ini ekoran kegagalan menakluki Amerika Latin seperti Venezula dan Cuba yang biarpun kaya asset minyak tetapi terbukti sukar ditembusi ideologi serta kebal dari tusukan propaganda barat yang belum dapat mengubah pendirian rakyatnya.

4. Kalangan penganalisis politik antarabangsa turut meramalkan kejayaan menumbangkan Gaddafi membuka jalan kepada Barat untuk mencampuri urusan dunia arab yang selama ini di sifatkan kebal.

5. Ramai yang bimbangkan perkembangan terkini di rantau Arab itu bukan kerana tidak menyokong kebangkitan rakyat itu di sesetengah Negara rantau itu  yang di bawah sistem monarki atau autokratik, tetapi bimbangkan perluasan kuasa barat di sana.

6. Malah kebimbangan itu diluahkan dalam banyak forum antarabangsa termasuk Persekutuan Kesatuan Sekerja Dunia(WFTU) yang bersidang di Strasbourg, Perancis 13 hingga 14 September lalu yang mewakili kira-kira 20 buah Negara termasuk India, Iran, Syria, Sudan, Afrika Selatan, Palestin, Greece, Itali, Cyprus, Cuba, Peru dan Portugal turut menyatakan bantahan terhadap perluasan Kuasa AS dan rakan sekutunya berikutan revolusi di beberapa Negara di rantau Asia Barat.

7. Setiausaha agung WFTU George Mavrikos dalam ucapan sulungnya berkata, AS memainkan dua peranan berbahaya di rantau Arab yang mana satu tangan di lihat membantu pihak revolusi yang diketuai pemimpin anti AS dengan membekalkan senjata atas nama bantuan kemanusiaan tetapi pada masa yang sama, sebelah tangan lagi AS serta rakan sekutunya membekalkan senjata perang kepada Negara yang tunduk kepada imperialism, bagi menghancurkan kebangkitan tulen rakyat untuk menumbangkannya.

Itu suara luar tetapi bagaimanakah pendirian rakyat rantau itu sekarang apatahlagi dengan kosongnya jawatan pemimpin berani atau lantang bersuara bagi menegakkan nasionalisme Arab?apakah pemimpin Syria Bashar al Assad dan Presiden Yaman, Ali Abdullah Salleh akan menjadi pejuang dunia Arab bagi menentang perluasan kuasa barat?

Olahan dari Berita Harian.

No comments:

Post a Comment