Saturday 14 May 2011

Undang-Undang Hanya Menahan Tetapi Bukan Penyembuh



قُل لَّا يَسۡتَوِى ٱلۡخَبِيثُ وَٱلطَّيِّبُ وَلَوۡ أَعۡجَبَكَ كَثۡرَةُ ٱلۡخَبِيثِ‌ۚ فَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ يَـٰٓأُوْلِى ٱلۡأَلۡبَـٰبِ لَعَلَّكُم 
تُفۡلِحُونَ (١٠٠)

"Katakanlah (wahai Muhammad): Tidak sama yang buruk dengan yang baik, walaupun banyaknya yang buruk itu menarik hatimu. Oleh itu bertakwalah kepada Allah wahai orang-orang yang berakal fikiran, supaya kamu berjaya." (Al-Maidah:100)

Duhai sahabat, apakah undang-undang bisa merawat perilaku manusia? Ketahuilah, undang-undang kadang perlu, akan tetapi ia tidak boleh mengubat jiwa manuisa. Saya boleh susun undang-undnag, kalian tidak dibenarkan bercakap selama 3 hari. Undang-undang demikian sekadar  memasukkan benih dan tindakan untuk berjaga-jaga.  kalian tiada pilhan selain perlu bertahan sementara. 

Benih tersebut adalah kalimah ketuhanan. Jika jiwa tidak terus di suci sepenuhnya setelah menjalani tempoh kekangan undang-undang, jiwa akan kembali bermain watak binatang. Guruku sentiasa berpesan, undang-undang hanya menahan tetapi tidak menyembuhkan.

Kita terus kepada bicara penyembuhan. Betapa ramai manusia di lihat baik, memang baik sebab dia berada di dalam undang-undang. Kita berada di sekolah, dek bimbang di rotan kita terpaksa berlakon menjadi watak sebagaimana pihak sekolah mahukan.  Kita tiada pilihan. Dewasa kini, pandangan kita melihat tepat bagaimana anak-anak kampong rosak sebaik sahaja kaki melangkah ke kota metropolitan. Tiada siapa mampu menghalang kehendak dan segala keinginan. suasana  berbeza ketika berada di kediaman.

Manusia juga kelihatan baik kerana dia berada dalam suasana beragama . Namun sebenarnnya, batin mereka celaka. Selagi jiwa tidak disembuhkan,tidak di ubati, seandainya keluar sahaja dari tempat yang tersebut, dia menjadi sebaliknya. Hal demikian kerana sifat mazmumah kembali tiba. Tiada lagi undang-undang bertindak sebagai penjaga.

Justeru itu, penyembuhan dari  kacamata kesufian, mesti menyembuhkan jiwa. Sesunggunya kebaikan mnausia tertakluk di jiwa. Kebaikan hati ialah hati yang bertaqwa kepada Maha Esa. Sekiranya di jiwa, ada benih ketakutan kepadaNya, maka dengan sendiri, berlaku pergaulan di dalam batin mereka iaitu di mana sahaja dia pergi sekalipun, yang mengawalnya bukan undang-undang atau suasana lagi tetapi lantaran ketakutan kepadaNya.

No comments:

Post a Comment