Sejak minggu lepas, rakyat Malaysia di kejutkan dengan satu berita menggemparkan seluruh Negara. Topik ini terus hangat di bualkan di media massa, di laman sesawang dan bual bicara mulut manusia yang memang sukar di bendung lagi. Setelah di hujani pelbagai isu melibatkan politik dan sosial, Malaysia di gemparkan dengan laungan kebebasan LGBT dari beberapa gabungan NGO. Tanpa berselindung lagi, atas nama hak asasi dan kebebasan manusia, mereka mengadakan satu acara tahunan yang di gelar seksualiti merdeka. Berikut ialah sedikit maklumat tentang acara tersebut dan gagasan pemikiran kotor yang mereka bawa.
Seksualiti Merdeka adalah suatu acara tahunan mengenai hak seksualiti yang diadakan di Kuala Lumpur, dengan kerjasama segabungan NGO Malaysia (di antaranya Malaysian Bar Council, SUARAM, Empower, PT Foundation, United Nations, Amnesty International) dan individu-individu. Mereka mengadakan bengkel-bengkel, perbincangan, pemutaran filem, penulisan surat dan hal-hal yang lain berkaitan seksualiti. Menurut mereka, istilah 'Seksualiti Merdeka' untuk mengingatkan bahawa walaupun kita telah berpuluh tahun Merdeka, namun tidak semua rakyat Malaysia yang dapat melahirkan diri mereka yang sebenar.
Mereka juga percaya bahawa setiap orang di Malaysia berhak untuk bebas dari diskriminasi, keganasan ataupun gangguan hanya kerana orientasi seksual dan identiti jantina mereka. Mereka percaya bahawa "kita semua berhak untuk bertanggungjawab terhadap tubuh kita sendiri". Mereka percaya "setiap orang berhak untuk menyayangi dan disayangi, sama ada dia gay, lesbian, biseksual, transgender, heteroseksual, aseksual, pansexual dan sebagainya."
PS: LGBT = Lesbian, Gay, Bisexual, Transgender!
Slogan Program Mereka
Antara polemik, persolan dan isu yang dapat di kenal pasti dari gerakan mereka ialah:
[1] Perlembagaan Persekutuan memang menyatakan mengenai kesamarataan dan kebebasan bersuara namun perlembagaan memperuntukkan kedudukan Istimewa Agama Islam sebagai Agama Persekutuan.
[2] Oleh kerana itu, walaupun ada pihak cuba melaungkan kebebasan termasuk isu LGBT ini, ia jelas bertentangan dengan moral dan agama di bawah perlembagaan persekutuan.
[3] Seksualiti tidak dapat di pisahkan daripada keperibadian setiap manusia. Namun sewajarnya kecenderungan seksualiti berdasarkan fitrah kemanusiaan dan norma kehidupan.
[4] Semua pihak harus merasa terancam dengan tribulasi gerakan terancang bermatlamatkan mengiktiraf pengamal seks songsang di Negara ini walaupun sedar undang-undang tidak menyebelahi mereka.
[5] Sehubungan itu, di harapkan pengeluar filem dan drama menghentikan penghasilan karya yang mengetengahkan LGBT kerana ia secara tidak langsung mempromosi gaya hidup berkenaan.
[6] Sejak 2008, golongan nafsu pelik ini menganjurkan program seksualiti merdeka atau perhimpunan seks bebas menuntut hak dan kebebasan golongan lesbian, gay, biseksual dan transeksual(LGBT) megamalkan gaya hidup pilihan mereka secara sah dan terbuka.
[7] Semua pihak tanpa mengira ideologi dan agama bersatu menentang tuntutan berkenaan. Persoalan kenapa mereka masih berani dan bangga menyuarakan hasrat hati memperjuangkan hak dan kebebasan untuk mengamalkan hidup di luar tabiat kehidupan?
[8] Rakyat Malaysia harus sedar, kebebasan bersuara ada batasannya kerana mereka perlu menitik beratkan perkara tidak bertentangan dengan kesopanan awam. Kesalahan anggapan tentang konsep kebebasan bersuara wajar di perjelaskan. Apabila di berikan hak bersuara, itu tidak bermakna mereka boleh buat sesuka hati mereka. Kebebasan di sini ada batasannya dan harus di nilai jika perkara tersebut bertentangan dengan awam.
[9] Menurut presiden dan pengasas persatuan progresif India Malaysia Raja Retinam, perjuangan LGBT ini bertentangan sama sekali dengan budaya ketimuran Negara ini serta bercanggah dengan prinsip agama Hindu sendiri.
[10] Pengerusi Persatuan Persaudaraan Paderi Kristian Klang, Gary Yeoh Siok Earn berkata, jika kita menuruti kemahuan mereka apatahlagi di sokong pihak tertentu tidak mustahil golongan itu akan lebih berani mendedahkan pergaulan mereka secara terbuka sekaligus memberi kesan negatif kepada keseluruhan institut masyarakat.
[11] Rakyat Malaysia khususnya masuarakat Islam wajib bersatu suara menolak cubaan kelompok liberal, plural dan sekular yang ghairah menjadi hamba kepada agenda globalisasi atas nama perjuangan hak asasi manusia sedangkan budaya itu bertentangan dengan agama.
[12] Hakikatnya, Di Malaysia sudah cukup baik, kerana golongan lesbian dan gay dan trangender tidak pernah di dikriminasi apabila wujudnya kesamarataan dalam peluang pekerjaan.
[13] Meskipun isu ini hangat namun sikap masyarakat Islam agak mengecewakan kerana tidak ramai yang peka. Atas kelemahan ini, tidak mustahil secara sembunyi gerakan ini terus melebar pengaruhnya.
[14] Slogan HAK ASASI DAN KEBEBASAN BERSUARA adalah propaganda halus gerakan Freemason dalam mengaburi manusia. Kelihatan amat menarik dan menjiwai jiwa insaniah, akan tetapi sebenarnya ia adalah peluang untuk mempromosikan segala kejahatan dan menghalalkan perkara haram kepada masyarakat atas nama HAK ASASI. Sebagai contoh, kelak orang bebas berzina. Bila di tangkap, kes di gugurkan kerana desakan undang-undang HAK ASASI. Pendek kata, Kitab Allah dan Sunnah Rasul tidak lagi di jadikan panduan kerana setiap manusia bebas bercakap dan berbuat apa yang mereka mahukan meskipun jelas melanggar norma kehidupan manusia.
[15] Setiap abad ada gelombangnya dan kita tidak boleh melanggar gelombang ini. Sekarang ini gelombang hak asasi manusia. Sebelum ini gelombang Marxisme, Sosialisme.
[16] Para pengamal Undang-Undang anggap cubaan menggerakkan kebebasan homoseksual dan lesbian adalah satu isu moral bertentangan dengan nilai-nilai masyarakat Negara ini yang meletakkan agama Islam sebagai agama persekutuan.
[17] Polis sudah membuka kertas siasatan mengikut seksyen 298 kanun keseksaan iaitu berniat melukakan perasaan agama seseorang dan menurut seksyen 27A(1)(C) akta polis 1967 dalam usaha menghentikan semua aktiviti dalam program berkenaan. Persoalannya lagi, program tersebut sudah di jalankan sejak 2008. Adakah polis langsung tidak menerima laporan berkenaan penganjuran tersebut dalam tempoh tiga tahun sebelum ini? Mustahil kerana rangkaiaan komunikasi maklumat PDRM antara yang terbaik.
[18] Meskipun di kecam hebat, mereka masih berani melaungkan gerakan mereka. Mengapakah mereka begitu berani? apakah ada dalang luar yang bersembunyi (behind of the scene) di sebalik agenda demikian. Jika benar ia harus di bimbangi kerana musuh luar kian giat menusuk masuk kamar kesopanan orang Islam dan Melayu di Malaysia.
[19] Apakah kerajaan berani mengambil tindakan tegas terhadap Marina Mahathir ? kerana semua orang tahu bahawa antara orang kuat yang mendokong gerakan ini adalah Marina Mahathir, anak kepada mantan Bapa Kemodenan Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad.
LANTARAN ITU
[20] Kami mendesak KERAJAAN benar-benar serius dalam menangani isu ini. Kami jua menyeru semua pihak tanpa mengira ideologi Politik dan kefahaman untuk bersatu hentikan agenda jahat ini. Sesungguhnya seksualiti merdeka ialah sebahagian dari agenda besar musuh-musuh Islam untuk merosakkan Negara ini. Sedarlah, letakkan kepentingan agama, bangsa dan Negara mengatasi undi, parti dan kuasa.
[21] Kami jelek melihat orang berlagak hero dalam isu ini. Maka dengan ini, tindakan tegas wajar di ambil dan kami benar-benar mahu menyaksikan Umat Islam bersatu padu melawan gerakan ini. Sekali lagi, KERAJAAN di harap benar-benar serius. Kenapa kerajaan di desak untuk serius? anda ada jawapannya.
"Kami jua menyeru semua pihak tanpa mengira ideologi Politik dan kefahaman untuk bersatu hentikan agenda jahat ini. Sesungguhnya seksualiti merdeka ialah sebahagian dari agenda besar musuh-musuh Islam untuk merosakkan Negara ini. Sedarlah, letakkan kepentingan agama, bangsa dan Negara mengatasi undi, parti dan kuasa"
No comments:
Post a Comment