Wednesday 27 July 2011

Sambungan Syarah Aqidatul Awam, As Syaikh Al Alim As Sayyid Ahmad Al Marzuki Al Maliki


فالحمد لله القديم الأول و الأخر الباقى بلا تحول

“Maka bermula segala Puji khusus bagi Allah, Yang terdahulu dan awal
Dan yang akhir yang kekal tanpa berubah”

[Syarah]

Syeikh Ahmad Marzuki memulai  pujian kepada Allah sebagai menunaikan hak suatu nikmat yang wajib di syukuri.

Bermula puji pada lughah(bahasa) ialah:

هو الثناء بالجميل الإختياري على جهة التعظيم
“Iaitu memuji dengan keelokan atas sifat yang elok yang ikhtiyari atas pihak pengagungan”

Dan puji pada istilah:

فعل ينبيء عن تعظيم المنعم بسبب كونه منعما على الحامد أو غيره سواء كان ذلك الفعل قولا باللسان أو اعتقادا بالجنان أو عملا بالأركان كما قيل

 " perbuatan yang memberitahu ia daripada membesarkan akan yang memberi nikmat dengan sebab keadaannya yang memberi nikmat atas orang yang memuji atau atas orang yang lainnya, samada perbuatan itu perkataan dengan lidah atau iktiqad dengan hati atau amal dengan anggota tubuh sebagimana di katakan orang”

Mereka berkata:

أفادتكم النعماء مني ثلاثة
يدي و لساني و الضمير المحجبا

“telah sampai kepadamu nikmat-nikmat dari ku akan tiga [iaitu] tanganku, lisanku, hatiku yang di tertutup”

Rukun puji terbahagi kepada lima:

Pertama: حامد, orang yang memuji. Dalam konteks syair ini, Syeikh Ahmad Marzuki adalah hamid.

Kedua: محمود  , yang di puji yakni Allah Taala

Ketiga: محمود به, yang di puji dengan sebabnya, atau erti kata yang mudah sesuatu yang menyebabkan adanya pujian iaitu sifat kepujian yang tsabit ia bagi Allah.

Keempat: محمود عليه, yang di puji atasnya iaitu nikmat yang di puji atasnya.

Kelima: صيغة, lafaz seperti perkataan الحمد لله

Pujian terbahagi kepada 4 bentuk:

1-Puji Qadim kepada Qadim

Iaitu puji Zat Allah kepada ZatNya sendiri seperti Firman Allah Taala:

نِعۡمَ ٱلۡمَوۡلَىٰ وَنِعۡمَ ٱلنَّصِيرُ 
…dia adalah sebaik pelindung dan sebaik-baik penolong”(Surah Al-Anfal:40)

2-Puji Qadim kepada Hadis

Seperti firman Allah kepada Nabi Muhammad SAW

وَإِنَّكَ لَعَلَىٰ خُلُقٍ عَظِيمٍ۬ 
“Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung”(Surah Al Qalam:4)

3-Puji Hadis kepada Qadim

Seperti sabda Nabi Isa a.s yang di ceritakan di dalam Al Quran
 تَعۡلَمُ مَا فِى نَفۡسِى وَلَآ أَعۡلَمُ مَا فِى نَفۡسِكَ‌ۚ إِنَّكَ أَنتَ عَلَّـٰمُ ٱلۡغُيُوبِ
“…engkau mengetahui apa yang ada pada diriku dan aku tidak mengetahui apa yang ada pada diri engkau. Sesungguhnya engkau maha mengetahui perkara yang ghaib-ghaib”(Surah Al Maidah:116)

4-Puji Hadis kepada Hadis

Seperti sabda Rasulillah SAW kepada Sayyiduna Abu Bakar As Siddiq r.a
ما طلعت الشمس و لا غربت من بعدى رجل أفضل من أبي بكر الصديق

Tidak akan terbit matahari dan tidak tenggelam setelahku atas seorang lelaki yang lebih utama daripada Abu Bakar As Siddiq r.a”(Riwayat Bukhari)

Hakikatnya segala puji di atas berdiri atas puji yang Qadim bagi Qadim, kerana itulah kalimah الحمد لله di terjemahkan segala puji tertentu bagi Allah. Tertentu atau khusus hanya kepada Allah semata-mata. Tiada pemuji atau di puji melainkan daripada Allah kepada Allah. Satu kalimah yang sudah cukup membawa seseorang wahdah sl syuhud akan Allah di dalam perasaannya.

Maka berkata Syeikh Ahmad Malawiy:

و الحمد لله ثمانية أحرف و أبواب الجنة أي يخير بينهما إكراما له و إنما يدخل من الباب الذي علم الله أنه يدخل منه

“Kalimat al hamdu lillahi mempunyai lapan huruf dan pintu-pintu syurga ada lapan, maka barangsiapa yang mengucapkan dengan hati yang bersih, maka ia berhak memperoleh lapan pintu syurga yakni dia boleh memilih pintu-pintu itu sebagai penghormatan untuknya. Dan pasti dia akan masuk dari pintu yang Allah sahaja yang tahu dia masuk dari pintu yang mana.”

Sesungguhnya Lafaz  الحمد benar-benar telah di mulakan di awal surah pada lima surah di dalam Al Quran:

1-Pertama: Surah Al Fatihah

ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ
segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekelian Alam”(Surah Al Fatihah:2)

2-Kedua: Surah Al An’am

ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ ٱلَّذِى خَلَقَ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ وَجَعَلَ ٱلظُّلُمَـٰتِ وَٱلنُّورَ‌ۖ 
Segala puji tertentu bagi Allah yang telah menciptakan langit dan bumi dan mengadakan kegelapan dan cahaya”(Surah Al An’am:1)

3-Ketiga: Surah Al Kahfi

ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ ٱلَّذِىٓ أَنزَلَ عَلَىٰ عَبۡدِهِ ٱلۡكِتَـٰبَ وَلَمۡ يَجۡعَل لَّهُ ۥ عِوَجَاۜ 
Segala puji tertentu bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambaNya Al Kitab”(Surah Al Kahfi:1)

4-Keempat: Surah Saba’

ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ ٱلَّذِى لَهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ
Segala puji tertentu bagi Allah yang memilki apa yang dilangit dan apa yang di bumi….”(surah Saba’:1)

5-Kelima: Surah Fathir

ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ فَاطِرِ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ جَاعِلِ ٱلۡمَلَـٰٓٮِٕكَةِ رُسُلاً 
“Segala puji tertentu bagi Allah pencipta langit dan bumi, yang menjadikan malaikat sebagai utusan-utusan…”(Surah Fathir:1)

Dan lafaz al hamdu  di jadikan penghujung surah pada lima surah juga:

1-Pertama:  Surah Al Isra’

وَقُلِ ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ ٱلَّذِى لَمۡ يَتَّخِذۡ وَلَدً۬ا 
Dan katakanlah: Segala puji khusus bagi Allah yang tidak mempunyai anak”(Surah Al Isra’:111)

2-Kedua: Surah An Naml:

وَقُلِ ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ سَيُرِيكُمۡ ءَايَـٰتِهِۦ فَتَعۡرِفُونَہَا‌ۚ 
“Segala puji tertentu bagi Allah, Dia akan memperlihatkan kepadamu tanda-tanda kebesaranNya, maka kamu akan mengetahui..”(Surah Al Naml:93)

3-Ketiga: Surah As Shoffat

وَسَلَـٰمٌ عَلَى ٱلۡمُرۡسَلِينَ (١٨١) وَٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ
Dan kesejahteraan dilimpahkan atas para rasul. Dan segala puji tertentu bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam”(Surah As Shoffat:181-182)

4-Keempat: Surah Az Zumar

وَقِيلَ ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ
Dan di ucapkan: segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekelian alam”(Surah Az Zumar:75)

5-Kelima: Surah Al Jatsiah

فَلِلَّهِ ٱلۡحَمۡدُ رَبِّ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَرَبِّ ٱلۡأَرۡضِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ 
“Maka bagi Allah segala puji, Tuhan langit dan bumi, Tuhan semesta alam”(Surah Az Zumar:36)

Huraian makna bait

Makna القديم Al Qadim adalah sesungguhnya wujud Allah tiada permulaan.

Makna الأول  Al Awwal adalah tidak ada permulaan bagi wujudNya

Makna  الأخر Al Akhir adalah tiada penghujung bagi wujudNya

Dan makna الباقى Al Baqi adalah kekal

Dan makna بلا تحول adalah tanpa ada perubahan. Kalimah ini sebenarnya menjelaskan  makna kata al baqi’ kerana sesungguhnya makna tahawwul adalah pindah dari satu keadaan ke keadaan yang lain.

Rujukan:
 Syarah Nur Zalam ala aqidatil awam, Syeikh Nawawi banten
 Syarqawi ala hud hudi, Imam Syarqawi
 Kifayatul awam, Syeikh Muhammad fudhol
 Aqidatun Najin, Syeikh Zainul Abidin Muhammad Al Fathani
  Syarahan Syeikuna Syeikh Ibrahim Muhammad As Syathariy

2 comments:

  1. as salam.. maaf ana ingin bertanya soalan umum.. sekarang ni terlalu ramai yg berani2 mngeluarkan hujah bab2 hukum dan yang terbaru ialah, """masuk neraka bukan saja di hitung dr dosa tidak menutup aurat.ada byk lagi.jadi, tak confirm lagi org yg tak pakai tudung dia akn masuk neraka. terpulang kpd amalan dia yg lain.
    benar kah """wanita tidak bertudung tidak confirm masuk neraka?? """"mereka selalu mendebatkan mengenai dosa tidak menutup aurat bukan dosa besar dan memutarkan point bahawa tudung sememangnya wajib TETAPI tiada ayat Quran dan hadis sahih mengatakan wanita tidak tutup aurat confirm masuk neraka.. mohon penjelasan tuan.. terima kasih...

    ReplyDelete
  2. wasalam. bg emel. ana jawab melalui emel nte

    ReplyDelete