Wednesday 6 July 2011

Bicara Tentang Fana'

Fana’ ertinya meniadakan diri atau melenyapkkan dan melebur diri, sehingga menjadi hapus lalu kekal kepada Allah. Fana’ biasanya beerti hilang wujud diri kita kembali kepada wujud Allah. Oleh kerana itu, dikatakan dia telah fana’ dari dirinya dan fana’ akan zahir, lalu kekallah ia di dalam baqo’ Allah.

Selanjutnya dari segi lain bahawa fana’ ialah lenyap segala-galanya, lenyap af’alnya, lenyap sifatnya dan lenyap dirinya. Semuanya itu lenyap yang tinggal dan ada adalah hak Allah dan milik Allah.

Perhatikan kata Ahli tasauf, “adapun fana’ yang di tuntut oleh ahli sufi ialah fana’un nafsi(leburnya diri) iaitu hancurnya kesedaran ada jasad yang kasar”.

Seperti tersebut dalam kitab Ar Risalah Al Qusyairiah:

فَنَاؤُهُ عَنْ نَفْسِهِ عَنْ خَلْقِ بِزَوَالِ اِحْسَاسِهِ وَ بِهِم فَنَفْسُهُ مَوْجُودَةٌ وَ الخَلْقُ مَوْجُودٌ وَ لَكِنْ لَاعِلْمَ لَهُ بِهِم وَ لاَ بِه

“Fana’ nya seseorang dari dirinya dan dari makhluknya yang lain, hilangnya kesedaran tentang dirinya dan hilangnya kesedaran makhluk yang lain, padahal dirinya itu ada dan makhluk lain itu ada, akan tetapi tidak disedari adanya”


Ahli Tasauf berkata: “mereka ahli tasauf fana’ dari dirinya dan baqo’ dengan Tuhannya, terasa dalam hatinya ia bersama Allah dan kembali ke Allah. Ajaran tasauf mengajarkan jalan dan pintu masuk untuk menemui hadrat Allah adalah melalui pintu fana’, mendawam(melazimi) zikrullah dan melupakan yang lain dari Allah. Mereka bertujuan semata-mata untuk liqoillah(bertemu dengan hadrat Allah)”

Imam Al Ghazali r.a telah membenarkan pendapat tersebut seperti tersebut dalam kitab “Insan Kamil”. Menurutnya untuk mencapai akan rasa wujud Allah, melihat hadrat Allah yang Maha Agung itu ialah dengan terbukanya hijab(kasyaf).

Apa di bincangkan di dalam perihal fana’ ialah perkara syuhudiah bukan perkara iktikad. Di dalam perasaanya seolah-olah hilang dirinya meskipun pada hakikatnya masih ada dirinya. Ramai manusia cepat menghukumkan kesesatan jika bicara hal ini kerana mereka tidak memahami bicara sebuah perasaan dari mahligai makrifah yang agung. Perbahasan hal ini bukan perkara pelik malah turut di bincangkan dalam pengajian ilmu tauhid yang asas.

Berkata Syaikh Ibrahim al Bajuri, mantan Syeikhul Azhar 1263H di dalam kitabnya Risalah Bajuri Fil Tauhid:

 وَمَعْنَى الوَحْدَانِيَّةِ فِي الأَفْعَالِ: أَنَّهُ لَيْسَ لِغَيْرِهِ فِعْلٌ مِنْ الأَفْعَالِ

“Pengertian Esa pada perbuatan, bahawasanya selain Allah Taala, tidak ada yang mempunyai kekuatan untuk melakukan suatu perbuatan dari pelbagai perbuatan”.

Perkataan ini dinamakan  كم منفصل في الأفعالKam Munfasil pada af’al

Bermula fana’ itu tiga perkara:

1-               Fana’ segala af’al perbuatanmu pada perbuatan Allah Taala seperti kata pada fana’ itu tiada perbuatan atau melainkan Allah yang berbuatnya dan padangan matahatimu kerana pada hakikat tiada afa’al perbuatanmu dengan sendiri melainkan dengan qudrat dan iradah Allah Taala jua.

2-               Fana’ pada sifat-sifat hamba itu pada sifat Allah seperti katanya tiada yang kuasa, tiada yang hidup, tiada yang tahu, tiada yang mendengar, tiada yang melihat, tiada yang berkata-kata pada hakikatnya Allah Taala pada pandangan mata hatimu pada yang demikian itu syuhudlah namanya. Pengnisbahan ism sifat pada perkara hadits adalah dalam hakikat diPER oleh Allah Taala.

3-               Fana’ hamba pada wujudnya diri pada dzat Allah seperti kata tiada yang wujud atas sebenar-benarnya melainkan Allah dilihat dalam hatinya seperti yang demikian itu musyahadah namanya.

Dan adalah maksud fana’ itu bahawa di karamkanlah (lenyaplah ia) seseorang di dalam lautan Jalal, jamal, Qahar, Kamal Allah Taala ertinya lenyap di dalam lautan kebesaran dan kesucian Allah dan kekerasan dan kesempurnaan Allah Taala. Maka inilah fananya karam lenyap pada pandangan mata hati segala af’al perbuatan dirinya dan sifat-sifat dirinya dan segala perbuatan hambanya dan sifat-sifat hambanya di dalam musyahadah hati seperti firman Allah Taala di dalam surah Ar Rahman ayat 27:

وَيَبۡقَىٰ وَجۡهُ رَبِّكَ ذُو ٱلۡجَلَـٰلِ وَٱلۡإِكۡرَامِ 
“Dan tetap kekal Dzat Tuhanmu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan.”

Dan di dalam surah Al Qasas ayat 88

كُلُّ شَىۡءٍ هَالِكٌ إِلَّا وَجۡهَهُ
“setiap sesuatu akan binasa kecuali dzat Allah”

No comments:

Post a Comment