Saturday 4 June 2011

Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang berbicara Tentang Taqwa

Tuan Guru Datuk Seri Hj Abdul Hadi Awang menulis di dalam bukunya tentang taqwa
(lihat:Taqwa takut tetapi rindu, m/s 79-82)

Kitab Tafsir Al Baidawi mengatakan, taqwa mempunyai tiga martabat iaitu:

Tawaqqi:

Tawaqqi ialah terpelihara daripada terjerumus ke dalam azab yang berkekalandan bersih dari syirik. Ini dinyatakan dalam al-quran, Allah SWT berfirman dalam surah al fath, ayat 26.

 وَأَلۡزَمَهُمۡ ڪَلِمَةَ ٱلتَّقۡوَىٰ وَكَانُوٓاْ أَحَقَّ بِہَا وَأَهۡلَهَا‌ۚ وَكَانَ ٱللَّهُ بِكُلِّ شَىۡءٍ عَلِيمً۬ا

Dan Allah mewajibkan kepada mereka kalimah taqwa dan merekalah orang yang patut memilikinya dan ahlinya yang sebenar, dan adalah Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.” 

Tajannub:

Tajannub bermaksud menjauhkan dari apa-apa dosa yang bersifat perbuatan atau meninggalkannya sehinggalah dosa kecil yang tersebar dalam masyarakat. Maksudnya, sifat taqwa dari aspek melaksanakan syariat.perkara ini dinyatakan dalam surah al-a’raf,ayat 96,


وَلَوۡ أَنَّ أَهۡلَ ٱلۡقُرَىٰٓ ءَامَنُواْ وَٱتَّقَوۡاْ لَفَتَحۡنَا عَلَيۡہِم بَرَكَـٰتٍ۬ مِّنَ ٱلسَّمَآءِ وَٱلۡأَرۡضِ

“Sekiranya penduduk negeri itu beriman dan bertaqwa, pasti kami limpahkan kepada mereka berkat dari langit dan bumi.”

Tanazzuh

Tanazzuh bermaksud membersihkan diri dari gangguan pada diri dan berpegang kepada Allah dan yakin dengan benar daripada Allah. Perkara ini dinyatakan Allah dalam surah Al-Imran,ayat 102 dan 103.

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱتَّقُواْ ٱللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِۦ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسۡلِمُونَ (١٠٢) وَٱعۡتَصِمُواْ بِحَبۡلِ ٱللَّهِ جَمِيعً۬ا وَلَا تَفَرَّقُواْ‌ۚ 

“Wahai orang-orang beriman, bertaqwalah kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa dan jangan kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam. Dan berpeganglah kamu semua dengan tali Allah( Agama Islam) dan jangan sekali-kali kamu berpecah belah.”

Muhammad Al Gharnati menegaskan, taqwa itu mempunyai lima darjat iaitu:

"Takut menjadi kufur dari kekufuran yang dinamakan maqam islam.
Takut terjerumus ke dalam maksiat yang diharaman dinamakan maqam taubat.
Takut terjerumus perkara subahat(yang tidak nyata halal atau haram) di namakna maqam warak.
Takut melampau dalam perkara yang di haruskan dinamakan maqam zuhud.
Takut ingat kepada yang lain daripada Allah yang dinamakna Maqam musyahadah"

MOga-m0ga pesanan Tuan Guru menyelinap masuk ke dalam sanubari hatiku amin

No comments:

Post a Comment