Thursday, 13 October 2011

Kenapa Aku Pegang Tangan Isteriku




Suatu hari aku bersama isteri tercinta menikmati hidangan di salah sebuah restoran di seksyen 7, Shah Alam. Kami merupakan pasangan kahwin muda yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan pada Syawal yang lepas. Kedua-dua kami berusia awal 20an.

Di kota metropolitan Shah Alam, pelbagai gelagat anak muda dengan pasangan masing-masing dapat di saksikan. ‘couple’ memang bersepah dan ia satu trend yang sukar di halang dan makin merebak hingga ke sekolah rendah. Kebiasaan mereka gemar menikmati dinner di restoran-restoran di sekitar Bandar shah alam. Student kan, jarang yang berpeluang masak sendiri.

Pendek cerita, di restoran tersebut, ‘couple’ dengan gaya mereka sendiri lepak dengan kekasih mereka. Ada yang berpegan tangan(trend minimum couple sekarang), duduk rapat-rapat. Memang agak ramai. Tidak kurang yang makan bersama satu group tanpa mengenal lelaki atau wanita.

Maka, terdetik dalam hati aku, mereka ini selamba sahaja berpegang tangan dengan kekasih mereka. Memang tidak tahu malu. Adakah mereka tidak tahu dosa hal demikian? malah seolah-olah mereka bangga ada copule..orang Terengganu gelar “gelepor”.

Hati kecil aku berkata lagi, "mereka bangga dengan kekasih mereka, mereka riak bila berpegang tangan meskipun terang lagi bersuluh dosanya…maka kenapa aku tidak zahirkan keindahan syariat Islam yakni kahwin kepada mereka..?”

Selangkah dengan itu, tatkala selesai makan, aku bangkit untuk bayar sambil menarik dan pegang tangan isteri. Isteriku agak terkejut sebab aku tidak pernah pegang tangan dia di khayalak ramai. Mujurlah dia tidak menarik tanganya, malah dia memaut lengan aku.

Nah, banyak mata mula memerhati kami. Aku tidak tahu apakah sebab pandangan mereka fokus kepada kami. Yelah, aku berbaju melayu, berkain sarung sahaja dan isteri bertudung labuh. Mungkin pada awalnya mereka fikir ‘budak alim pun couple pun pegang tangan’. Setengah mereka mula memahami kami pasangan suami isteri.

Aku bangga mengamalkan sunnah Nabi aku iaitu berkahwin. Tiada niat berpegang tangan ketika itu melainkan kami mahu tunjuk betapa bahagianya berkahwin muda. Kami tidak perlu takut-takut dan risau tentang dosa. Secara tersirat aku mahu memberi motivasi kepada anak-anak muda di hadapan aku yang sudah ada kemampuan supaya berkahwin segera. Itulah seindah-indah enjoy ketika muda bukan seperti kehidupan Barat..’zaman muda, zaman enjoy puas-puas’ kerana falsafah demikian, akhirnya berlaku zina, berlaku bertukar-tukar pasangan. Sesungguhnya aku ingin promosi sunnah Nabiku. Sabda Nabi SAW:

أعلنوا هذا النكاح
“iklankan perkahwinan ini”(Riwayat Ahmad)

Ketika dalam kereta. Isteri aku bertanya:

” abang, kenapa tiba-tiba sahaja pegang tangan saya di depan orang ramai tadi”

Aku menjawab:

“Pasangan sebelum berkahwin akan berpegang dan berkepit-kepit dijalanan, seolah-olah mencabar hukum Islam itu sendiri. Rata-rata perkara jelek ini telah diterima didalam norma masyarakat kita dan dijadikan budaya. Masyarakat tidak lagi hairan tentang pasangan ‘couple’ sekarang berpegang tangan. Jadi dalam keadaan tadi, abang mahu tunjuk yang lebih utama berpegang tangan adalah orang berkahwin, biar mereka tidak memandang negatif kahwin muda walhal pada masa yang sama menghalalkan campuran lelaki dan wanita.”

Masalah pegang tangan isteri di khayalak ramai adalah harus selagi tidak kelihatan berlebihan adat masyarakat itu sendiri. Di Malaysia, pegang tangan di kalangan orang berpasangan adalah perkara biasa maka jika suami isteri berpegang tangan di khayalak ramai bukanlah perkara yang pelik di mata masyarakat sekarang. Dan jika merasakan ia boleh jadi fitnah, maka lebih baik elakkan.
Ayuh temanku, berkahwinlah. Jika tiada wang atau takut berhadapan risiko kahwin awal atau risau tanggapan sanak saudara…kita boleh jumpa. Sedikit petua akan di kongsi bersama nanti. Sekian..
    

    

Saturday, 8 October 2011

Wartawan hiburan tempelak artis komen Hudud

Akhirnya ‘menjerat’ leher sendiri.....

SEPERTI yang saya duga, pandangan beberapa artis mengenai hukum hudud dalam sebuah akhbar awal minggu lalu menerima kritikan pedas.
Wartawan akhbar berkenaan bertanya kepada artis mengenai hukum hudud yang kini menjadi isu berbangkit di negara ini. Lalu beberapa artis tanpa ‘segan-silu’ atau berfikir panjang telah memberikan pelbagai pandangan.
Kebanyakkan pendangan menyatakan bahawa hukum hudud itu tidak wajar dilaksanakan di Malaysia buat masa ini. Ada juga yang memberi pendapat seolah-
olah undang-undang hudud tidak sesuai pada zaman moden dan inilah yang mendorong kepada kritikan masyarakat peminat terhadap artis-artis ini.
Tanya mereka, bagaimana seorang artis yang kurang arif dalam hal-hal berkaitan agama, boleh memberi komen dengan sebegitu mudah? Apakah mereka sedar apa yang mereka katakan itu?
Perlu diingat, itu adalah pendapat peminat mereka setelah melihat pandangan yang diberikan si artis, bukan saya yang kata. Dan setelah membaca pandangan mereka, tidak dinafikan artis-artis ini sendiri tidak begitu arif tentang apa yang disoal oleh wartawan berkenaan.
Bukan saya hendak katakan golongan artis tidak layak bercakap soal agama. Tetapi kalau hendak memberi pandangan sekalipun biarlah dalam hal-hal yang kita menjadi ahli. Agak- agaklah sikit, janganlah main redah saja, buruk padahnya.
Maka, bila kita menjawab sesuatu yang kita kurang arif, kurang tahu atau langsung tak tahu, ia adalah ibarat kita ‘menjerat leher’ sendiri. KENYATAAN MEREKA



Natijahnya, banyak yang marah, terutamanya kepada pelakon Enot yang memberi kenyataan yang luar dugaan sama sekali. Sampaikan Enot sendiri mengaku, dia jatuh dan terduduk gara-
gara dikritik hebat selepas memberi kenyataan di akhbar tersebut. Ini belum lagi nama ibubapanya juga dipersalahkan, gara-gara sikap kurang arif Enot itu.
Bukan Enot seorang sebenarnya, tetapi pandangan artis lain baik muda dan tua yang ditulis memang boleh mengundang ‘ bahaya’ kepada diri mereka sendiri.
Sebab itu, jalan paling selamat kalau kita tak tahu, atau kurang arif ialah ‘tiada komen’.
Kalau dalam bab lain, boleh pula artis kita beri jawapan ‘no comment’ kenapa dalam hal agama dan tambahan sensitif seperti ini sibuk pula hendak menunjuk pandai?
Ada juga yang kata, apa salahnya untuk si artis berkenaan memberi komen? Bukankah ini negara demokrasi, sesiapa saja boleh memberi sebarang komen, selagi ia tidak mencemar undang-undang.
Itu juga ada benarnya. Bagaimanapun dalam hal berkaitan dengan isu sensitif seperti ini, lebih baik diam daripada bercakap. Pergilah bertanya kepada pihak yang lebih layak kerana ini isu berkaitan dengan hukum hakam agama.
Beritahu saja si wartawan, “Maaf, saya tak berani hendak komen sebab saya kurang arif. ”
Semudah itu dan wartawan akan faham. Bagaimanapun dalam soal ini, wartawan pun perlu juga ada sensitiviti. Janganlah semberono bertanya isu-isu yang tak ada kaitan dengan si artis.
Bertanya artis akan hal-hal yang sepatutnya ditanya kepada ahli agama, apalah sangat jawapan yang kita boleh dapat?
Jadi, wartawan perlulah selalu buat pertimbangan kendiri, ada yang boleh dan ada yang tidak boleh. Jangan mudah hendak ‘scoop’ atau terkehadapan dalam pemberitaan, sampaikan kita melupakan hal-hal yang menyentuh sensitiviti orang lain. Perlulah sentiasa peka dan berfikir jauh ke depan sebelum menulis.
Ingatan ini juga saya tujukan buat diri sendiri dalam meneruskan kerjaya sebagai orang media.
Kerana sesungguhnya, bercakap tentang hal yang tidak kita arif bukan sahaja menunjukkan ‘kekurangan’ diri, tetapi juga memberi banyak impak lain yang tidak kita sedari.
Saya sama pendapat dengan pelakon Wardina Saffiyyah. Dalam blognya, Wardina ada menulis begini :

“Nak minta para artis jangan komen kepada perkara yang kita TIADA ilmu seperti hukum hudud. Para wartawan juga tidak seharusnya menyoal.”

Dalam banyak keadaan, saya selalu bersetuju dengan pendapat ‘senyum tak perlu kata apa-apa’ dan ‘diam itu lebih baik.’ Jumpa lagi! Rujukan Tulisan: Katarsis Kualong

Doa: Antara Ahlul Sunnah dan Muktazilah


Di kalangan Muktazilah(satu firqah menyimpang dari Ahlul Sunnah Wal Jamaah) berpendapat bahawa doa itu tidak ada manfaat. Pendapat mereka bertentangan dengan jumhur Ulama’. Mereka beralasan bahawa sesuatu yang dikehendaki Allah Taala terjadi maka itu pasti terjadi dan sesuatu yang tidak di kehendaki Allah pasti tidak akan terjadi, baik di panjatkan doa atau tidak. Mereka mentafsirkan ayat-ayat Al Quran tentang doa dengan pengertian doa hanyalah ibadah.

Hujah Ahlul Sunnah Wal Jamaah

Menurut Ahlul Sunnah Wal Jamaah bahawa doa adalah meminta pelbagai keperluan(hajat) kepada Allah, bermanfaat bagi orang hidup dan orang yang sudah mati, sampai kepada yang dikehendaki sekalipun doa itu di seru oleh orang kafir. Hal ini berdasarkan hadis Anas:

 دعوة المظلوم مستجابة وإن كانت من كافر

“Doa orang yang dizalimi makbul sekalipun dari orang kafir”(HR Ath-Thayalisi)

Keputusan atau qadha Allah SWT yang di putuskan Allah kepada hambaNya terbahagi kepada dua: pertama qadha mubram(pasti, tiada perubahan) dan Muaalaq(bertakluk/ kata lebih mudah masih boleh berlaku perubahan). Bila kita berdoa, doa tersebut memberi kesan kemungkinan berlaku perubahan qadha Allah. Dengan Izin Allah. Tidak mustahul, lantaran melazimi doa akan sesuatu hajat secara bersungguh-sungguh, Allah SWT yang Maha Adil memakbulkan permintaan hamba-hambaNya.

Allah SWT berfirman dalam surah Ghafir ayat 60:

وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ

“Dan Tuhan kamu berfirman: “berdoalah kamu kepadaKu, nescaya aku perkenankan permintaan kamu. Sesungguhnya orang-orang  yang sombong dari menyembahKu, akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina”

Allah SWT berfirman dalam Surah Al Baqarah ayat 186 yang bermaksud:

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُواْ لِي وَلْيُؤْمِنُواْ بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ

“ Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat(dekat bukan bangsa jarak). Aku mengabulkan permohonan orang yang berdo'a apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran”

Allah SWT berfirman lagi dalam Surah Al An’am ayat 41:

بَلْ إِيَّاهُ تَدْعُونَ فَيَكْشِفُ مَا تَدْعُونَ إِلَيْهِ إِنْ شَاء وَتَنسَوْنَ مَا تُشْرِكُونَ

 “(Tidak), tetapi hanya Dialah yang kamu seru, maka Dia menghilangkan bahaya yang karenanya kamu berdo'a kepadaNya, jika Dia menghendaki, dan kamu tinggalkan sembahan-sembahan yang kamu sekutukan (dengan Allah).

Berkenaan adanya Ijabah,(pengabulan doa) di jelaskan dalam hadis munajat Nabi Musa a.s:

“Jika berdoa kepadaKu maka Aku akan perkenankan doa mereka. Ada kalanya mereka melihatnya dengan segera, ada kalanya Aku akan menghindarkan bahaya(kejahatan, penyakit) dari mereka dan adakalanya Aku menangguhkan untuk mereka perolehi di akhirat kelak”

Rasulullah SAW berdoa di banyak tempat, contohnya di perang Badar, terhadap musuh penduduk Bi’ri Ma’unah dan terhadap orang-orang yang memperolok-olokkan Baginda. Doa merupakan salah satu usaha untuk mencapai kehendak. Jika Baginda SAW berdoa kepada Allah dalam urusan hidup dan dakwah baginda SAW, maka siapakah kita untuk sombong untuk tidak berdoa. Jangan terpengaruh dengan dakyah muktazilah yang mana pendapat mereka boleh membawa manusia malas untuk berdoa kepada Allah SWT. ayuh, berdoalah.

ruj: هداية المريد إلى جوهرالتوحيد, الشيخ بكرى رجب
      شرح الأسماء الحسنى أب القاسم النقشبندي



Wednesday, 5 October 2011

Himpunan Sejuta Ummat, Ayuh Meriahkan




Jemputan buat seluruh umat Islam. Tanpa mengira beza ideologi politik. Berhimpun untuk nyatakan :

a. Untuk menerangkan kedudukan perkara yang sebenarnya tidak seperti yang digembar-gembur melalui media.

b. Mengukur tahap kesatuan dan semangat kekitaan dikalangan orang Islam khasnya terhadap gerak-kerja Kristianisasi termasuk peristiwa 3 Ogos 2011.

c. Memberitahu rakyat perlunya persoalan aqidah ditangani melalui hujah agama bukan dibiarkan berlarutan menjadi modal politik.

d. Menserlahkan Institusi Raja yang menjadi payung Bangsa Melayu dan Islam dalam hal peranan mereka dalam sama-sama menangani isu yang menyentuh sensitiviti orang Melayu Islam di negara ini.

e. Menzahirkan kekuatan aqidah dan keimanan masyarakat Islam sambil memberi amaran tentang bahaya yang akan menimpa negara ini seandainya isu ini terus dieksploitasi.

f. Menyedarkan rakyat tentang wujudnya peruntukkan dalam Perlembagaan dan undang-undang negeri yang tidak mengizinkan mana-mana pihak mengganggu-gugat kesucian Islam serta tindakan mendakwahkan agama selain daripada Islam kepada orang Islam.

Ruj http://himpun.org/

Utusan Hina Hudud

Majlis "Aku Cinta Rasulullah"

Orang Beriman Meninggalkan kalimah أين كيف متى كم


Barangsiapa meninggalkan empat kalimah nescaya sempurna imannya, iaitu kalimah  أين dimana, كيف  bagaimana,  متى bila, dan كم berapa.

Maka jika seseorang bertanya kepada kamu “di manakah Allah”

Maka jawapannya, Allah tidak berada satu tempat dan zaman tidak  melaluiNya.

Maka jika seseorang bertanya kepada kamu “bagaimana Allah”
Maka hendaklah kamu katakan:




“Dia lah yang menciptakan langit dan bumi; Ia menjadikan bagi kamu pasangan-pasangan dari jenis kamu sendiri, dan menjadikan dari jenis binatang-binatang ternak pasangan-pasangan (bagi bintang-binatang itu); dengan jalan yang demikian dikembangkanNya (zuriat keturunan) kamu semua. Tiada sesuatu pun menyerupaiNya "

Dan jika seseorang berkata sejak bila Allah?

Maka hendaklah kamu katakan: “awal tanpa permulaan dan akhir tanpa kesudahan”

Dan jika seseorang berkata kepada kamu “berapakah bilangan Allah?”
Hendaklah kamu katakan:







              “Katakanlah : Dialah Allah Yang Maha Esa”(Surah Al Ikhlas:1)