Tuesday 8 November 2011

Seksualiti Merdeka: 21 Tribulasi dan Agenda Yahudi

Sejak minggu lepas, rakyat Malaysia di kejutkan dengan satu berita menggemparkan seluruh Negara. Topik ini terus hangat di bualkan di media massa, di laman sesawang dan bual bicara mulut manusia yang memang sukar di bendung lagi. Setelah di hujani pelbagai isu melibatkan politik dan sosial, Malaysia di gemparkan dengan laungan kebebasan LGBT dari beberapa gabungan NGO. Tanpa berselindung lagi, atas nama hak asasi dan kebebasan manusia, mereka mengadakan satu acara tahunan yang di gelar seksualiti merdeka. Berikut ialah sedikit maklumat tentang acara tersebut dan gagasan pemikiran kotor yang mereka bawa.



Seksualiti Merdeka adalah suatu acara tahunan mengenai hak seksualiti yang diadakan di Kuala Lumpur, dengan kerjasama segabungan NGO Malaysia (di antaranya Malaysian Bar Council, SUARAM, Empower, PT Foundation, United Nations, Amnesty International) dan individu-individu. Mereka mengadakan bengkel-bengkel, perbincangan, pemutaran filem, penulisan surat dan hal-hal yang lain berkaitan seksualiti. Menurut mereka, istilah 'Seksualiti Merdeka' untuk mengingatkan bahawa walaupun kita telah berpuluh tahun Merdeka, namun tidak semua rakyat Malaysia yang dapat melahirkan diri mereka yang sebenar.

Mereka juga percaya bahawa setiap orang di Malaysia berhak untuk bebas dari diskriminasi, keganasan ataupun gangguan hanya kerana orientasi seksual dan identiti jantina mereka. Mereka percaya bahawa "kita semua berhak untuk bertanggungjawab terhadap tubuh kita sendiri". Mereka percaya "setiap orang berhak untuk menyayangi dan disayangi
, sama ada dia gay, lesbian, biseksual, transgender, heteroseksual, aseksual, pansexual dan sebagainya."
PS: LGBT = Lesbian, Gay, Bisexual, Transgender!

                                                        Slogan Program Mereka



Antara polemik, persolan dan isu yang dapat di kenal pasti dari gerakan mereka ialah:

[1] Perlembagaan Persekutuan memang menyatakan mengenai kesamarataan dan kebebasan bersuara namun perlembagaan memperuntukkan kedudukan Istimewa Agama Islam sebagai Agama Persekutuan.

[2] Oleh kerana itu, walaupun ada pihak cuba melaungkan kebebasan termasuk isu LGBT ini, ia jelas bertentangan dengan moral dan agama di bawah perlembagaan persekutuan.

[3] Seksualiti tidak dapat di pisahkan daripada keperibadian setiap manusia. Namun sewajarnya kecenderungan seksualiti berdasarkan fitrah kemanusiaan dan norma kehidupan.

[4] Semua pihak harus merasa terancam dengan tribulasi gerakan terancang bermatlamatkan mengiktiraf pengamal seks songsang di Negara ini walaupun sedar undang-undang tidak menyebelahi mereka.

[5] Sehubungan itu, di harapkan pengeluar filem dan drama menghentikan penghasilan karya yang mengetengahkan LGBT kerana ia secara tidak langsung mempromosi gaya hidup berkenaan.

[6] Sejak 2008, golongan nafsu pelik ini menganjurkan program seksualiti merdeka atau perhimpunan seks bebas menuntut hak dan kebebasan golongan lesbian, gay, biseksual dan transeksual(LGBT) megamalkan gaya hidup pilihan mereka secara sah dan terbuka.

[7] Semua pihak tanpa mengira ideologi dan agama bersatu menentang tuntutan berkenaan. Persoalan kenapa mereka masih berani dan bangga menyuarakan hasrat hati memperjuangkan hak dan kebebasan untuk mengamalkan hidup di luar tabiat kehidupan?

[8] Rakyat Malaysia harus sedar, kebebasan bersuara ada batasannya kerana mereka perlu menitik beratkan perkara tidak bertentangan dengan kesopanan awam. Kesalahan anggapan tentang konsep kebebasan bersuara wajar di perjelaskan. Apabila di berikan hak bersuara, itu tidak bermakna mereka boleh buat sesuka hati mereka. Kebebasan di sini ada batasannya dan harus di nilai jika perkara tersebut bertentangan dengan awam.

[9] Menurut presiden dan pengasas persatuan progresif India Malaysia Raja Retinam, perjuangan LGBT ini bertentangan sama sekali dengan budaya ketimuran Negara ini serta bercanggah dengan prinsip agama Hindu sendiri.

[10] Pengerusi Persatuan Persaudaraan Paderi Kristian Klang, Gary Yeoh Siok Earn berkata, jika kita menuruti kemahuan mereka apatahlagi di sokong pihak tertentu tidak mustahil golongan itu akan lebih berani mendedahkan pergaulan mereka secara terbuka sekaligus memberi kesan negatif kepada keseluruhan institut masyarakat.

[11] Rakyat Malaysia khususnya masuarakat Islam wajib bersatu suara menolak cubaan kelompok liberal, plural dan sekular yang ghairah menjadi hamba kepada agenda globalisasi atas nama perjuangan hak asasi manusia sedangkan budaya itu bertentangan dengan agama.

[12] Hakikatnya, Di Malaysia sudah cukup baik, kerana golongan lesbian dan gay dan trangender tidak pernah di dikriminasi apabila wujudnya kesamarataan dalam peluang pekerjaan.  

[13] Meskipun isu ini hangat namun sikap masyarakat Islam agak mengecewakan kerana tidak ramai yang peka. Atas kelemahan ini, tidak mustahil secara sembunyi gerakan ini terus melebar pengaruhnya.

[14] Slogan HAK ASASI DAN KEBEBASAN BERSUARA adalah propaganda halus gerakan Freemason dalam mengaburi manusia. Kelihatan amat menarik dan menjiwai jiwa insaniah, akan tetapi sebenarnya ia adalah peluang untuk mempromosikan segala kejahatan dan menghalalkan perkara haram kepada masyarakat atas nama HAK ASASI. Sebagai contoh, kelak orang bebas berzina. Bila di tangkap, kes di gugurkan kerana desakan undang-undang HAK ASASI. Pendek kata, Kitab Allah dan Sunnah Rasul tidak lagi di jadikan panduan kerana setiap manusia bebas bercakap dan berbuat apa yang mereka mahukan meskipun jelas melanggar norma kehidupan manusia.

[15] Setiap abad ada gelombangnya dan kita tidak boleh melanggar gelombang ini. Sekarang ini gelombang hak asasi manusia. Sebelum ini gelombang Marxisme, Sosialisme.

[16] Para pengamal Undang-Undang anggap cubaan menggerakkan kebebasan homoseksual dan lesbian adalah satu isu moral bertentangan dengan nilai-nilai masyarakat Negara ini yang meletakkan agama Islam sebagai agama persekutuan.

[17] Polis sudah membuka kertas siasatan mengikut seksyen 298 kanun keseksaan iaitu berniat melukakan perasaan agama seseorang dan menurut seksyen 27A(1)(C) akta polis 1967 dalam usaha menghentikan semua aktiviti dalam program berkenaan. Persoalannya lagi, program tersebut sudah di jalankan sejak 2008. Adakah polis langsung tidak menerima laporan berkenaan penganjuran tersebut dalam tempoh tiga tahun sebelum ini? Mustahil kerana rangkaiaan komunikasi maklumat PDRM antara yang terbaik.

[18] Meskipun di kecam hebat, mereka masih berani melaungkan gerakan mereka. Mengapakah mereka begitu berani? apakah ada dalang luar yang bersembunyi (behind of the scene) di sebalik agenda demikian. Jika benar ia harus di bimbangi kerana musuh luar kian giat menusuk masuk kamar kesopanan orang Islam dan Melayu di Malaysia.

[19] Apakah kerajaan berani mengambil tindakan tegas terhadap Marina Mahathir ? kerana semua orang tahu bahawa antara orang kuat yang mendokong gerakan ini adalah Marina Mahathir, anak kepada mantan Bapa Kemodenan Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad.

LANTARAN ITU

[20] Kami mendesak KERAJAAN benar-benar serius dalam menangani isu ini. Kami  jua menyeru semua pihak tanpa mengira ideologi Politik dan kefahaman untuk bersatu hentikan agenda jahat ini. Sesungguhnya seksualiti merdeka ialah sebahagian dari agenda besar musuh-musuh Islam untuk merosakkan Negara ini. Sedarlah, letakkan kepentingan agama, bangsa dan Negara mengatasi undi, parti dan kuasa.  

[21] Kami jelek melihat orang berlagak hero dalam isu ini. Maka dengan ini, tindakan tegas wajar di ambil dan kami benar-benar mahu menyaksikan Umat Islam bersatu padu melawan gerakan ini. Sekali lagi, KERAJAAN di harap benar-benar serius. Kenapa kerajaan di desak untuk serius? anda ada jawapannya.

"Kami  jua menyeru semua pihak tanpa mengira ideologi Politik dan kefahaman untuk bersatu hentikan agenda jahat ini. Sesungguhnya seksualiti merdeka ialah sebahagian dari agenda besar musuh-musuh Islam untuk merosakkan Negara ini. Sedarlah, letakkan kepentingan agama, bangsa dan Negara mengatasi undi, parti dan kuasa"



Tuesday 1 November 2011

Era Pasca Gaddadi, Nasib Rakyat Asset Negara Arab dan Afrika Utara Jadi Tumpuan.

Kematian bekas pemimpian Libya Muammar Gaddafi minggu lalu bukan sekadar kehilangan biasa dengan tempiasnya hanya di rasai Negara Afrika Utara itu. Ia sebaliknya turut di iringi pelbagai persoalan, ramalan serta masa depan rantau Asia Barat itu.
Malah di tengah-tengah cercaan musuh Gaddafi termasuk di kalangan rakyatnya yang membencinya serta pihak Majlis Peralihan Kebangsaan Libya (NTC), turut kedengaran suara cemuhan di peringkat antarabangsa mengapa Gaddafi di biarkan mati sedemikian.?
Mengapa beliau tidak di hadapkan ke muka pengadilan seperti tuntutan ramai? apakah kematiannya menamatkan kematian masalah yang menimpa Libya atau ada agenda lain di sebalik perubahan politik Negara itu.?atau apakah kematiannya turut membawa rahsia mengenai tindak tanduk pihak berkepentingan dan ada agenda besar di rantau berkenaan?

Tidak kurangnya, kedengaran andaian yang mengaitkan kematian Gaddafi yang memimpin Negara Kaya Minyak itu selama 42 tahun sebagai kesan teori domino yang melanda satu demi satu Negara Asia Barat dan Afrika Utara berikutan penentangan atau kebangkitan di kenali ‘arab spring’ atas nama pembebasan dan suara prodemokrasi, namun tak di nafikan kesan yang menggegar Tunisia, Mesir, Syria serta Libya itu turut di kaitkan hasil percaturan politik kuasa besar dunia iaitu Amerika Syarikat(AS) dan konco-konconya seperti Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara(NATO) yang mahu merubah landskap politik rantau itu.  

Apa yang pasti, kematian Gaddafi itu menyusuli nasib pemerintah terdahulu seperti Gamel Abdul Naseer, Anwar Sadat dan Hosni Mubarak dari Mesir, Saddam Hussein(Iraq), Yasser Arafat(Palestin) dan Hafez al Assad(Syria). Berbanding semua, hanya Mubarak masih hidup dan menunggu untuk dibicarakan.

Gamal mati akibat serangan jantung pada 1970, Anwar mati di bunuh pada oktober 1981 manakala Arafat mati pada usia 75 tahun pada November 2004. Saddam mula meninggal dunia selepas menjalani hukuman gantung pada Disember 2006 yang di sifatkan kemuncak selepas pencerobohan AS dan sekeutunya ke Negara kaya minyak itu.

1. Jika di amati, mereka semua kecuali Arafat adalah pemimpin tentera yang berkuasa menerusi rampasan kuasa biarpun anwar tidak menggulingkan gamal. Arafat pula pada asalnya seorang jurutera yang berjuang atas nama pembebasan Palestin. Semuanya kecuali Anwar yang di labelkan pro barat di julang sebagai nasionalisme arab, termasuk Gaddafi biarpun berasal dari Negara Afrika Utara tetapi sememangnya di kenali antara pemimpin paling lantang menentang barat.

2. Kini catatan perjalanan hidupnya terhenti. Dan pasca kematian gaddafi , dunia secara umumnya memang menjangkakan pihak barat akan terus menebarkan pengaruh mereka di rantau Asia Barat berikutan senario di Libya dengan mengambil kira rantau itu kaya dengan sumber minyak yang menjadi idaman barat sejak sekian lamanya.  

3. Krisis kewangan di barat juga adalah faktor mengapa Barat mahu meluaskan pengaruh ke rantau Arab dan Afrika Utara. Ini ekoran kegagalan menakluki Amerika Latin seperti Venezula dan Cuba yang biarpun kaya asset minyak tetapi terbukti sukar ditembusi ideologi serta kebal dari tusukan propaganda barat yang belum dapat mengubah pendirian rakyatnya.

4. Kalangan penganalisis politik antarabangsa turut meramalkan kejayaan menumbangkan Gaddafi membuka jalan kepada Barat untuk mencampuri urusan dunia arab yang selama ini di sifatkan kebal.

5. Ramai yang bimbangkan perkembangan terkini di rantau Arab itu bukan kerana tidak menyokong kebangkitan rakyat itu di sesetengah Negara rantau itu  yang di bawah sistem monarki atau autokratik, tetapi bimbangkan perluasan kuasa barat di sana.

6. Malah kebimbangan itu diluahkan dalam banyak forum antarabangsa termasuk Persekutuan Kesatuan Sekerja Dunia(WFTU) yang bersidang di Strasbourg, Perancis 13 hingga 14 September lalu yang mewakili kira-kira 20 buah Negara termasuk India, Iran, Syria, Sudan, Afrika Selatan, Palestin, Greece, Itali, Cyprus, Cuba, Peru dan Portugal turut menyatakan bantahan terhadap perluasan Kuasa AS dan rakan sekutunya berikutan revolusi di beberapa Negara di rantau Asia Barat.

7. Setiausaha agung WFTU George Mavrikos dalam ucapan sulungnya berkata, AS memainkan dua peranan berbahaya di rantau Arab yang mana satu tangan di lihat membantu pihak revolusi yang diketuai pemimpin anti AS dengan membekalkan senjata atas nama bantuan kemanusiaan tetapi pada masa yang sama, sebelah tangan lagi AS serta rakan sekutunya membekalkan senjata perang kepada Negara yang tunduk kepada imperialism, bagi menghancurkan kebangkitan tulen rakyat untuk menumbangkannya.

Itu suara luar tetapi bagaimanakah pendirian rakyat rantau itu sekarang apatahlagi dengan kosongnya jawatan pemimpin berani atau lantang bersuara bagi menegakkan nasionalisme Arab?apakah pemimpin Syria Bashar al Assad dan Presiden Yaman, Ali Abdullah Salleh akan menjadi pejuang dunia Arab bagi menentang perluasan kuasa barat?

Olahan dari Berita Harian.