Friday 17 June 2011

Amar Makruf Nahi Mungkar


Perkataan dakwah, amar makruf dan nahi mungkar selalu digunakan merujuk kepada mengajak manusia ke arah kebaikan dan meninggalkan kemungkaran.
Dalam karya fiqh klasik, istilah amar makruf nahi mungkar, jihad dan dakwah sering kali digunakan untuk merujuk kepada maksud yang sama. Dalam al-Quran, perkataan amar makruf dan nahi mungkar digunakan sekurang-kurangnya lapan kali.

Semua merujuk kepada tanggungjawab kolektif setiap Muslim dalam melaksanakan kewajipan itu. Firman Allah yang bermaksud: 

 وَلۡتَكُن مِّنكُمۡ أُمَّةٌ۬ يَدۡعُونَ إِلَى ٱلۡخَيۡرِ وَيَأۡمُرُونَ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَيَنۡهَوۡنَ عَنِ ٱلۡمُنكَرِ‌ۚ وَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ


"Hendaklah terdapat antara kamu segolongan yang menyeru dengan kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran. Itulah golongan yang berjaya." [1]

Kewajipan Muslim melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar sebagai tugas dakwah juga disebut dalam hadis yang bermaksud:



عن أبي سعيد الخدري قال : سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول : من رأى منكم منكرا فليغيره بيده ، فإن لم يستطع فبلسانه ، فإن لم يستطع فبقلبه ، وذلك أضعف الإيمان . رواه مسلم .

"Siapa yang melihat kemungkaran hendaklah dia mengubahnya (taghyir) dengan tangan, jika tidak mampu hendaklah mengubahnya dengan lidah, jika tidak mampu hendaklah dia mengubahnya dengan hati, dan yang demikian itu adalah selemah-lemah iman."[2]

lafaz taghyir di gunakan dengan mambawa pengertian, kewajipan untuk mengubah perkara tidak baik kepada yang lebih baik dan mencegah sesuatu kemungkaran daripada berlaku. Hadis itu juga menunjukkan setiap Muslim harus melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar secara berperingkat. Pertama, ialah dengan tindakan; kedua dengan perkataan; ketiga dengan hati. Berdasarkan hujah itu, perkataan dakwah mencakupi perbuatan amar makruf dan nahi mungkar kerana amar makruf ialah ajakan melakukan amalan baik, manakala nahi mungkar ajakan menjauhi perbuatan tidak baik.


[1] Surah Ali-Imran, ayat 104

[2]  Riwayat Muslim


Apakah hukum Amar Makruf dan Nahi Mungkar?. Adakah kewajibannya wajib ain(fardhu ain) atau wajib kifayah(fardhu kifayah)?

Maka di jelaskan oleh Al Imam As Sayyid Abdullah Alwi Al Haddad[1] di dalam kitabnya,  Risalatul Muawanah:

“ketahuilah bahawa amar makruf nahi mungkar hukumnya fardhu kifayah. Jika ada sebahagian telah mengejarkannya, maka gugurlah kewajiban itu dari yang lain. Sedangkan pahalanya hanya ditentukan kepada yang menyerukan dan menggalakkanya. Sebaliknya jika tidak ada satu pun yang menyerukannya, maka beban dosa ditanggung oleh seluruh umt manusia, khususnya mereka yang mempunyai kemampuan melaksanakanya”.

Al Imam Abdullah Al Haddad berpesan lagi supaya kita menjauh virus mudhanah. kata Al Imam:

“hindari mudhanah kerana mudhanah termasuk perbuatan dosa. Yakni tidak menyampaikan amar makruf nahi mungkar kerana takut kehilangan material, dilucutkan jawatan dari jabatan dan terbuai dengan keuntungan yang diperoleh dari orang yang menjalankan kemungkaran dan fasiq"

Jika tuntutan amar makruh nahi mungkar di abaikan, maka masyarakat akan menjadi rosak-serosaknya sebagaimana apa yang berlkau dalam masyarakat kita dewasa ini. Masing-masing pentingkan diri sedangkan orang islam adalah saudara dan apa yang berlaku tanggungjawab bersama. Janagankan dalam masyarakat, tuntutan tersebut jauh sekali di amalkan dalam keluarga sendiri. Jika setiap keluarga menekankan hal demikian, maka akan lahir komuniti msyarakat yang terkawal dari maksiat serta subur dengan ibadah, dan sekiranya setiap masyarakat berterusan amar makruf dan nahi mungkar, pasti akan lahir kelompok rakyat dan seterusnya negara yang menjunjung syariat Allah dan aman damai.    


[1] Wafat pada Khamis 27 Ramadhan 1132H. Di makamkan di kawasan pemakaman Zanbal di Kota Tarim. Seorang Imam yang ulung dan penyusun amalan Ratib al Haddad yang amat mashyur itu.

Saturday 4 June 2011

Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang berbicara Tentang Taqwa

Tuan Guru Datuk Seri Hj Abdul Hadi Awang menulis di dalam bukunya tentang taqwa
(lihat:Taqwa takut tetapi rindu, m/s 79-82)

Kitab Tafsir Al Baidawi mengatakan, taqwa mempunyai tiga martabat iaitu:

Tawaqqi:

Tawaqqi ialah terpelihara daripada terjerumus ke dalam azab yang berkekalandan bersih dari syirik. Ini dinyatakan dalam al-quran, Allah SWT berfirman dalam surah al fath, ayat 26.

 وَأَلۡزَمَهُمۡ ڪَلِمَةَ ٱلتَّقۡوَىٰ وَكَانُوٓاْ أَحَقَّ بِہَا وَأَهۡلَهَا‌ۚ وَكَانَ ٱللَّهُ بِكُلِّ شَىۡءٍ عَلِيمً۬ا

Dan Allah mewajibkan kepada mereka kalimah taqwa dan merekalah orang yang patut memilikinya dan ahlinya yang sebenar, dan adalah Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.” 

Tajannub:

Tajannub bermaksud menjauhkan dari apa-apa dosa yang bersifat perbuatan atau meninggalkannya sehinggalah dosa kecil yang tersebar dalam masyarakat. Maksudnya, sifat taqwa dari aspek melaksanakan syariat.perkara ini dinyatakan dalam surah al-a’raf,ayat 96,


وَلَوۡ أَنَّ أَهۡلَ ٱلۡقُرَىٰٓ ءَامَنُواْ وَٱتَّقَوۡاْ لَفَتَحۡنَا عَلَيۡہِم بَرَكَـٰتٍ۬ مِّنَ ٱلسَّمَآءِ وَٱلۡأَرۡضِ

“Sekiranya penduduk negeri itu beriman dan bertaqwa, pasti kami limpahkan kepada mereka berkat dari langit dan bumi.”

Tanazzuh

Tanazzuh bermaksud membersihkan diri dari gangguan pada diri dan berpegang kepada Allah dan yakin dengan benar daripada Allah. Perkara ini dinyatakan Allah dalam surah Al-Imran,ayat 102 dan 103.

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱتَّقُواْ ٱللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِۦ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسۡلِمُونَ (١٠٢) وَٱعۡتَصِمُواْ بِحَبۡلِ ٱللَّهِ جَمِيعً۬ا وَلَا تَفَرَّقُواْ‌ۚ 

“Wahai orang-orang beriman, bertaqwalah kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa dan jangan kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam. Dan berpeganglah kamu semua dengan tali Allah( Agama Islam) dan jangan sekali-kali kamu berpecah belah.”

Muhammad Al Gharnati menegaskan, taqwa itu mempunyai lima darjat iaitu:

"Takut menjadi kufur dari kekufuran yang dinamakan maqam islam.
Takut terjerumus ke dalam maksiat yang diharaman dinamakan maqam taubat.
Takut terjerumus perkara subahat(yang tidak nyata halal atau haram) di namakna maqam warak.
Takut melampau dalam perkara yang di haruskan dinamakan maqam zuhud.
Takut ingat kepada yang lain daripada Allah yang dinamakna Maqam musyahadah"

MOga-m0ga pesanan Tuan Guru menyelinap masuk ke dalam sanubari hatiku amin